KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Singapura pada Rabu malam mengadakan majlis resepsi di sini sempena Hari Kebangsaan republik itu yang disambut setiap 9 Ogos, dengan majlis itu pertama kali diadakan dalam tempoh tiga tahun oleh kerana pandemik COVID-19.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon berkata wabak itu, bagaimanapun, telah mengukuhkan kesalingbergantungan Singapura dan Malaysia sepanjang tempoh yang mencabar itu.
Semasa mengenang semula halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh dua negara jiran itu ketika wabak melanda, beliau berkata hubungan Singapura dengan Malaysia terbina atas hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh.
"Orang ramai menjadikan hubungan antara kedua-dua negara kita sangat istimewa.
"Pada hari Kebangsaan ini, saya berharap hubungan kita akan terus berkembang dan lebih kukuh dengan sumbangan setiap generasi seterusnya antara rakyat Singapura dan Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis resepsi yang diadakan di Hotel Shangri-la.
Bertemakan "Kami Rindukan Anda", majlis resepsi itu turut dihadiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang menjadi tetamu kehormat.
Lebih 800 tetamu menghadiri majlis itu termasuk rakyat Singapura dan para pegawai daripada kerajaan Malaysia, sektor korporat, kor diplomatik dan media.
Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan pemuzik Singapura Churen Li, seorang pemuzik yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan pernah membuat persembahan di festival-festival tempatan dan antarabangsa.
Selaras dengan tema itu, tempat itu turut dihiasi dengan ikon Singapura, termasuk ukiran ais dengan perkataan "Majulah", yang merupakan lagu kebangsaan Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon berkata wabak COVID-19, bagaimanapun, telah mengukuhkan kesalingbergantungan Singapura dan Malaysia sepanjang tempoh yang mencabar itu. - Gambar fail/BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.
Video tular: Pendakwah perlu berdakwah dengan ilmu, akhlak mulia - Mohd Na'im
Golongan pendakwah diingatkan agar menyampaikan dakwah dengan adab, hikmah dan akhlak mulia bagi memastikan mesej Islam diterima dengan baik oleh masyarakat.
Bas ekspres bawa 20 penumpang terbabas, terbalik di Lebuhraya PLUS
Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.
Budaya Sarapan di Malaysia diiktiraf Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Budaya Sarapan di Malaysia kini mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).