awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan China-Malaysia sentiasa kekalkan momentum positif

Bernama
Bernama
23/02/2023
01:30 MYT
Hubungan China-Malaysia sentiasa kekalkan momentum positif
TANG RUI: Kepercayaan dari segi politik antara kedua-dua pihak terus kukuh manakala kerjasama saling menguntungkan antara kedua-dua pihak terus dipergiat. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: China akan terus memperkukuh kerjasama saling menguntungkan dengan Malaysia dan membina kepercayaan politik untuk membawa hubungan dua hala kedua-dua negara ken arah yang lebih besar.
Menteri di Kedutaan China di Malaysia Tang Rui berkata selama 49 tahun selepas mewujudkan hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara, China dan Malaysia sentiasa mengekalkan momentum positif.
"Kepercayaan dari segi politik antara kedua-dua pihak terus kukuh manakala kerjasama saling menguntungkan antara kedua-dua pihak terus dipergiat.
"China dan Malaysia akan bersama-sama memperingati ulang tahun ke-10 penubuhan kerjasama strategik yang komprehensif tahun ini dan ulang tahun ke-50 pewujudan hubungan diplomatik pada tahun depan sekali gus meneroka peluang pembangunan baharu dalam hubungan dua hala," katanya ketika berucap pada majlis amal yang dianjurkan untuk pelajar daripada keluarga B40 di sini pada Rabu.
Beliau berkata kedua-dua pihak akan terus mengekalkan pertukaran peringkat tinggi, memajukan kerjasama berkualiti tinggi Belt and Road, melaksanakan projek utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Dua Negara, Taman Berkembar serta mencipta lebih banyak titik pertumbuhan baharu bagi kerjasama.
Pada masa sama, kedua-dua negara juga berusaha memperkukuh pertukaran budaya dan rakyat kepada rakyat serta mempromosi kerjasama pelancongan.
Mengulas lanjut, beliau berkata perkembangan hubungan China-Malaysia telah membawa kepada peluang pembangunan berharga untuk golongan belia di kedua-dua negara.
Tang Rui juga berharap pelajar kedua-dua negara akan terus menimba ilmu termasuk memperkukuh pemahaman mengenai hubungan China dan Malaysia.
"Golongan belia adalah masa depan negara dan penyambung hubungan persahabatan China-Malaysia. Semoga silaturahim China-Malaysia diwarisi daripada generasi ke generasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tang Rui
#Menteri di Kedutaan China di Malaysia
#China dan Malaysia
#ECRL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan