Melihat kepada perkembangan ekonomi dan politik negara China yang semakin bertambah kukuh malah ada yang menjangkan ia akan menjadi sebuah negara 'kuasa besar' di masa akan datang, adalah wajar bagi Malaysia untuk menimbangkan langkah-langkah bagi meningkatkan lagi hubungannya dengan negara itu.
Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong berpendapat bahawa pada masa yang sama, perlu juga dilihat bagaimana China berhubung dengan Malaysia, di mana ia seharusnya dengan cara yang lembut atau pendekatan yang cukup selesa buat kedua-dua negara.
"Ideanya ialah Malaysia mahukan suatu dasar luar dengan ruang yang luas dan bebas, kita tidak mahu dilihat menjadi proksi kepada sesiapa pada masa akan datang, dan pada masa yang sama kita mahukan satu hubungan yang benar-benar bermakna," katanya dan menambah bahawa ia adalah pandangan peribadinya, dan tidak seharusnya dilihat dari konteks peranannya sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.
Liew adalah salah seorang ahli panel dalam forum "Kerangka Kerja Keselamatan Nasional bagi Asean dalam Dunia Multi-Polar" anjuran Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia (JCI), di sini pada Rabu.
"Seterusnya apabila kita bercakap mengenai kuasa besar, kita perlu mengekalkan jarak kita yang saksama di antara mereka, kita tidak mahu dilihat terlalu condong kepada China, atau terlalu condong kepada Amerika Syarikat, kita mahukan supaya kita dapat beritahu mereka, bahawa kami rakan kepada kedua-duanya," tambahnya.
Forum itu diadakan bagi mengkaji perkara-perkara yang mempunyai kepentingan nasional dan serantau, menyediakan platform bagi membincangkan dasar-dasar yang innovatif, di samping memupuk perbincangan intelektual berhubung tajuk-tajuk yang menyeluruh, dari isu keselamatan sehingga kepada isu kelestarian.
Forum JCI yang pertama tahun ini mengkaji bagaimana negara seharusnya menangani suasana pasca-Perang Dingin dan pasca-hegemoni antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 23 2019
Menurut Chin Tong, apabila bercakap mengenai kuasa besar, Malaysia perlu mengekalkan jarak yang saksama di antara mereka, kita tidak mahu dilihat terlalu condong kepada China, atau terlalu condong kepada Amerika Syarikat. - Gambar hiasan
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.