SHAH ALAM : Hubungan intim bukan merupakan masalah atau punca utama kepada perpecahan dan perceraian rumah tangga di negara ini.
Mantan Perunding cara Keluarga yang juga pendakwah, Asma' Harun berkata, 90 peratus rumah tangga yang berakhir dengan perceraian atau menghadapi pergaduhan berpanjangan adalah disebabkan mereka mengabaikan solat.
Menurutnya, meskipun pasangan mengadukan isu lain seperti orang ketiga, kewangan, hubungan intim dan lain-lain, namun begitu tidak mendirikan solat adalah punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku.
“Semua ini ada kajian ilmiah berdasarkan analisis setiap kes, fokus kepada punca masalah melibatkan ribuan kes dalam tempoh saya bertugas.
"Masalah hubungan intim ada kalanya menjadi sebab utama, tapi kebanyakannya adalah kesan akibat bila syariat Islam diabaikan," katanya dalam satu hantaran pada Isnin.
Beliau yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam (Ketua Unit Rundingcara), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menjelaskan, mengambil contoh mudah, seorang suami yang tidak solat pasti cenderung mengabaikan tanggungjawab asas sebagai suami dan mempunyai sikap yang tidak menyenangkan.
"Paling utama hilang berkat dalam hubungan dan terhalang rahmat Allah, maka hubungan intim yang sepatutnya sebagai ibadah yang indah boleh bertukar menjadi musibah.
“Begitu juga dengan seorang isteri yang tidak solat, jika kewajipan paling utama sebagai Muslim diabaikan dan tidak rasa berdosa, maka apa sangat nak rasa berdosa bila menolak ajakan suami tanpa sebab kukuh, walaupun amaran yang sangat berat,” katanya.
Beliau turut menyenaraikan tujuh saranan bagi membantu pasangan suami isteri yang menghadapi masalah intim antaranya tidak mencampurkan antara lelaki dan wanita di dalam kumpulan media sosial atau bersemuka.
Tambahnya, pasangan juga disaran menggunakan ayat yang tidak menyebabkan kecenderungan untuk membayangkan secara jelas hingga boleh menaikkan syahwat.
Selain itu, katanya, suami atau isteri tidak boleh mendedahkan aib pasangan masing-masing walaupun sudah tidak lagi sebumbung atau sehaluan meskipun secara rahsia.
“Tidak perlu menceritakan secara teliti tentang kaedah pelaksanaan hubungan intim kerana ia adalah sesuatu yang sedia maklum, atau berikan sahaja sumber rujukan ilmiah atau jika perlu kepada yang terlalu naif, diberikan perincian secara bertulis dan khusus atau tertutup,” ujarnya.
Beliau turut tidak menyarankan sesuatu perbuatan yang membawa kepada melanggar syariat Islam atau melampaui batasan norma kerana akan memberi kesan buruk seperti dorongan fantasi yang berlebihan sehingga memaksa pasangan untuk melaksanakan diluar kesanggupan.
Tambahnya, konsultasi yang dilaksanakan perlu diurus dengan penuh tatatertib kerahsiaan yang tinggi dan tatacara yang bermaruah.
“Akhir sekali, turut menjemput individu yang bertauliah seperti doktor, kaunselor, perunding cara rumah tangga, peguam dan lain-lain yang berautoriti dalam bidang ini. Mereka yang diberi latihan khusus untuk mengendalikan serta memberi konsultasi yang berkaitan.
“Cara ini juga akan mengukuhkan keabsahan ilmu dan kedudukan pihak tersebut,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, meskipun mendapatkan khidmat perantara seperti perunding, penasihat, kaunselor atau pegawai agama, namun yang paling utama adalah memelihara hubungan dengan Allah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 15 2023
!['Hubungan intim bukan punca utama, 90 peratus pasangan bercerai kerana tidak solat' 'Hubungan intim bukan punca utama, 90 peratus pasangan bercerai kerana tidak solat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684138174_UstazahAsmaHarun.jpg)
Asma' berkata, 90 peratus rumah tangga yang berakhir dengan perceraian atau menghadapi pergaduhan berpanjangan adalah disebabkan mereka mengabaikan solat. - Gambar/ FB Ustazah Asma' Harun
Tiba masa buka lembaran baharu di Lubnan - PM Nawaf
Jelasnya ia memerlukan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), merangkumi beberapa perkara termasuk gencatan senjata dan memastikan pengunduran penuh Israel dari setiap inci wilayah Lubnan.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpangkalan di The Hague mengumumkan pada Selasa bahawa presidennya, hakim Nawaf Salam telah meletak jawatan susulan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Lubnan.
![Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648039373_HanafiahMat.jpg)
Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai
Jumlah itu anggaran kasar dengan mengambil kira kos pembinaan yang menelan belanja antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk satu kilometer.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
SPRM, FBI tingkatkan kerjasama banteras jenayah rasuah antarabangsa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
![ChatGPT perkenal ciri peringatan, penjadualan tugasan berulang ChatGPT perkenal ciri peringatan, penjadualan tugasan berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736913879_ChatGPT.jpg)
ChatGPT perkenal ciri peringatan, penjadualan tugasan berulang
Ciri ini boleh diakses oleh pengguna berbayar ChatGPT Plus dan masih dalam versi beta.
Pengurus syarikat rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya mengalami kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang tidak wujud yang diiklankan di laman sosial Facebook.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Gerai penjaja sekitar Jalan Masjid India dinaik taraf secara berfasa - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaik taraf kawasan gerai penjaja sekitar Jalan Masjid India di ibu kota ini secara berfasa sebagai usaha berterusan meningkatkan keindahan, kebersihan dan daya tarikan ke kawasan itu.
Mahkamah Thailand jamin prosiding akan berjalan pantas
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
![Fazura tidak setuju lagu duet dengan Fattah, 'Bertahan Demi Cinta' dipasarkan Fazura tidak setuju lagu duet dengan Fattah, 'Bertahan Demi Cinta' dipasarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728455668_fazura.jpg)
Fazura tidak setuju lagu duet dengan Fattah, 'Bertahan Demi Cinta' dipasarkan
Fazura Tidak Setuju Lagu Duet Dengan Fattah, Bertahan Demi Cinta Dipasarkan
![Diana Danielle nafi terima lapan cincin pemberian Farid Diana Danielle nafi terima lapan cincin pemberian Farid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685505874_cincin.jpg)
Diana Danielle nafi terima lapan cincin pemberian Farid
Diana Danielle menyangkal dakwaan suaminya, Farid Kamil, 42, berhubung penerimaan lapan bentuk cincin yang diberikan baru-baru ini.
!['Hubungan intim bukan punca utama, 90 peratus pasangan bercerai kerana tidak solat' 'Hubungan intim bukan punca utama, 90 peratus pasangan bercerai kerana tidak solat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684138174_UstazahAsmaHarun.jpg)
'Hubungan intim bukan punca utama, 90 peratus pasangan bercerai kerana tidak solat'
Hubungan intim bukan merupakan masalah atau punca utama kepada perpecahan dan perceraian rumah tangga di negara ini.