BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan Malaysia dan Brunei adalah istimewa dan keutamaan beliau sekarang adalah untuk memanfaatkan hubungan baik kedua-dua negara.
Menurutnya, keistimewaan hubungan Malaysia-Brunei terbukti apabila Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat ke Malaysia tidak sampai seminggu beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
“Kita ada sebut care, compassion, sustainability... yang bunyi indah-indah itu tapi pelaksanaannya di mana? Di negara kita dan jiran kita. Sebab itu saya mula di rumah tangga, kemudian jiran.
BACA: PM, Sultan Brunei adakan pertemuan, tingkatkan hubungan dua hala
“Jadi di antara jiran ini, Brunei yang sangat penting, satu rumpun, satu budaya dan Kesultanan Melayu itu juga sangat dihormati dan dimuliakan oleh rakyat Malaysia secara umumnya.
“Apatah lagi apabila Tuanku (Sultan Brunei) berangkat begitu rupa, saya rasa serba salah dengan baginda. Baginda memandu kereta, bukan dekat tapi dari Subang hingga ke Putrajaya.
“Tapi rupa-rupanya dengan ihsan dan kebijaksanaan Baginda Sultan, itu ruang untuk baginda bercakap dengan saya tanpa protokol,” katanya.
BACA: PM Anwar akan saksikan pemeteraian MoU antara MIDA, BIA di Brunei
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Makan Malam Bersama Diaspora Malaysia di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan pada Selasa.
Sultan Hassanal bersama Pengiran Muda 'Abdul Mateen pada 24 November lepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Anwar bagi memperkukuhkan hubungan Malaysia-Brunei.
Sultan Hassanal yang berkenan memandu sendiri kenderaan yang dinaiki bersama anakandanya dan Anwar dari Pangkalan Tentera Udara Malaysia, Subang, tiba di perkarangan Kompleks Seri Perdana pada 12.25 tengah hari.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, Lawatan Khas Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia adalah untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada antara Malaysia-Brunei.
Selain itu, ia juga adalah bagi meneroka potensi baharu dalam meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memanfaat kedua-dua negara.
Ridauddin Daud
Tue Jan 24 2023

Anwar berkata, keistimewaan hubungan Malaysia-Brunei terbukti apabila Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat ke Malaysia tidak sampai seminggu beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. - Gambar fail

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Isu bakar al-Quran: Malaysia ambil pendekatan edar sejuta naskhah al-Quran ke seluruh dunia
Malaysia ambil pendekatan yang dianggap paling memberikan faedah kepada Islam iaitu dengan mengedarkan lebih sejuta naskah al-Quran ke seluruh dunia.

Sekuriti makanan antara tumpuan Bajet 2023 - PM
Semua sektor industri perlu mengambil peranan besar dan diberi perhatian termasuk perusahaan kecil dan sederhana (IKS).

Beri ruang, namun kerajaan perlu segera tunai janji PRU15 - Rais Yatim
Mereka tidak boleh melengahkan dan perlu menyegerakan janji termasuk melaksanakan agenda reformasi agar usaha itu tidak dibiarkan begitu sahaja.

Malaysia Madani penting bagi pertumbuhan, kurangkan jurang ketidaksamaan - IDEAS
IDEAS berkata tema tersebut turut memberi penekanan terhadap usaha pembasmian kemiskinan, pertumbuhan mampan dan sokongan lanjut untuk PKS.

Joe Biden ucap tahniah kepada Anwar, puji demokrasi Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerka Syarikat Joe Biden,

10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia
PM saksikan 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia.

Protes tindakan bakar Al-Quran, 1,000 peserta berarak ke kedutaan Sweden
Hampir 1,000 peserta berhimpun secara aman dan berarak ke Kedutaan Sweden dari Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat Jumaat sebagai tanda protes terhadap tindakan ahli politik Sweden Rasmus Paludan.

PM Anwar solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid, di sini.

Syor kaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam diteliti - PM Anwar
Kerajaan sedia melihat keperluan untuk mengkaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar.

Malaysia tidak tolak ansur perbuatan bakar teks, buku agama - PM Anwar
Rakyat Malaysia menghargai kemanusiaan dan menghormati hak setiap individu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.