JAKARTA: Jalinan persahabatan wartawan Malaysia dan Indonesia dalam menghubungkan rakyat dari kedua-dua negara serumpun menjadi komponen penting dalam menyelesaikan sebarang konflik yang timbul.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin berkata wartawan berperanan sebagai jambatan dalam meningkatkan penghayatan dan kefahaman rakyat berhubung budaya serta sejarah membabitkan kedua-dua negara.
“Alhamdulillah dengan adanya Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI), apabila timbul isu membabitkan sesebuah negara, wartawan dari Malaysia, Indonesia boleh membantu dalam menerangkan mengenai isu terbabit sekali gus, menyelesaikan konflik berkaitan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam ISWAMI Malaysia bersama Duta Besar Malaysia ke Indonesia di sebuah hotel di sini malam tadi.
Beliau berkata Malaysia dan Indonesia juga berkongsi pelbagai persamaan di peringkat antarabangsa antaranya dalam isu Rohingya, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Palestin.
Senada dengan pandangan itu, Presiden ISWAMI Malaysia yang juga Ketua Pengarang ASTRO Awani Ashwad Ismail berkata peranan ISWAMI dalam membina hubungan kedua-dua negara bertepatan dengan situasi media hari ini yang kian mencabar khususnya dengan perkembangan teknologi semasa.
“Paling penting adalah untuk kita membina hubungan antarabangsa yang positif ketika situasi dunia hari ini sedang berpecah. Kita berharap dapat mendedahkan lebih ramai wartawan Malaysia dengan situasi media Indonesia kerana ia penting dalam usaha memantapkan lagi hubungan di rantau ASEAN,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarang yang menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin berkata kehadiran delegasi pimpinan media Malaysia ke Jakarta semalam membuktikan jalinan setiakawan antara media Malaysia dan Indonesia.
Beliau yang mengetuai delegasi ISWAMI Malaysia ke sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 mewakili Kementerian Komunikasi berkata meskipun delegasi ISWAMI Malaysia pada kali ini yang kebanyakannya disertai wartawan muda, namun keakraban wartawan dari kedua-dua negara dilihat semakin utuh.
“Malah, masing-masing membawa mesej yang sama iaitu untuk terus membantu kedua-dua negara bagi meneruskan jalinan hubungan yang lebih baik... bahkan, ISWAMI juga berperanan penting dalam membantu kerajaan meningkatkan hubungan kedua-dua negara,” kata Nur-ul Afida yang juga Ahli Majlis Pentadbir ISWAMI Malaysia.
Terdahulu, seramai 16 orang barisan pimpinan media dari Malaysia tiba di Jakarta pada pukul 2.45 petang tadi waktu tempatan sempena sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 atau Hari Wartawan Indonesia yang akan berlangsung hari ini.
Delegasi Ketua Pengarang dan Pengarang Urusan daripada agensi dan syarikat media Malaysia yang juga pemimpin tertinggi Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia hadir bagi memenuhi undangan sempena sambutan HPN 2024 yang mengumpulkan lebih 6,000 wartawan dari seluruh Indonesia.
Selain Nur-ul Afida dan Ashwad turut sama Timbalan Presiden ISWAMI Malaysia yang juga Pengarang Urusan Kumpulan NSTP serta Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman .
Turut hadir Naib Presiden 1 ISWAMI Malaysia yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Komunikasi Malaysia, Nur Hanim Mohd Muhili; Naib Presiden 2 ISWAMI Malaysia yang juga Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Media Prima Berhad, Kamaruddin Mape; Setiausaha Agung ISWAMI Malaysia merangkap Ketua Penyiaran (TV dan Radio) Bernama, Mohd Shukri Ishak.
Ahli Majlis ISWAMI Malaysia yang hadir ialah Ketua Pengarang Utusan TV Datuk Zulkefli Hamzah dan Pengarah Sarawak Media Group/CEO Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune Datuk Dr Jeniri Amir.
Pada 12 Feb lepas, seramai 15 orang wartawan berlepas ke Jakarta, sempena Program Jejak Serumpun ISWAMI Malaysia yang bertujuan bagi memberi pendedahan di sebalik kerancakan Pilihan Raya Presiden (PILPRES) Indonesia 2024 pada 14 Feb dan Hari Pers Nasional (HPN) Indonesia 2024.
ISWAMI adalah forum wartawan Malaysia-Indonesia yang ditubuhkan pada 2003 sebagai jambatan kepada hubungan media Malaysia dan Indonesia, berperanan membina kemakmuran bersama kedua-dua negara rumpun Nusantara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Ashwad menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam ISWAMI bersama Duta Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia, 19 Feb 2024. -- fotoBERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Kod etika jadi panduan wartawan Malaysia
Ashwad menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Iswami bersama Duta Besar Malaysia di Indonesia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Media mainkan peranan penting pastikan konteks sebenar berita tidak cetus ketegangan
Peranan media adalah amat penting bagi memastikan konteks sebenar sesuatu berita yang berpotensi menjadi pencetus ketegangan dapat disampaikan dengan baik.
Iklan 'TKI On Sale' dikecam
ISWAMI mengecam keras penyebaran iklan 'TKI On Sale' oleh pihak tertentu dan mendesak kerajaan menyiasat hingga ke akar umbi bagi dikenakan tindakan tegas.