Hos stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin, hari ini memohon maaf di atas klip video yang mempersoalkan hukum hudud yang telah menjadi viral di internet kerana menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan orang awam.
Aisyah berkata objektif video tersebut adalah untuk mempersoalkan keutamaan kerajaan PAS Kelantan dan tidak sekalipun berniat menghina Islam.
“Ianya menyangkut perihal politik, perkataan dan perbuatan ahli politik; dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf bagi nada dan cara penyampaian saya di dalam video tersebut.
“Saya tiada niat untuk mengherdik. Saya tiada niat untuk menghina. Namun kini saya sedar bahawa ianya telah menimbulkan kemarahan.
“Maka untuk itu, saya benar-benar kesal dan memohon maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk mana- mana agama apatah lagi agama saya sendiri,” katanya di dalam satu kenyataan media.
Namun demikian, Aisyah berkata liputan media berkenaan insiden ini telahpun mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan video ini, yakni untuk menggalakkan wacana yang berlangsung seputar isu keadaan sosio-ekonomi rakyat Kelantan.
“Sejak video tersebut diterbitkan, pelbagai ancaman bunuh dan rogol telah ditujukan kepada saya, keluarga, teman sekerja dan rakan-rakan. Ianya sangat mendukacitakan.
“Mengharungi betapa bahayanya ancaman terhadap keselamatan diri ini merupakan pengalaman yang buruk dan bukan ciri-ciri Malaysia yang saya tahu.
“Namun, saya juga mendapat dokongan dan sokongan dengan cinta dari pelbagai pihak termasuk rakan dan insan yang tidak saya kenali. Untuk itu, saya sangat bersyukur,” katanya.
Klip video “Projek Dialog BFMKupas” itu yang bertajuk Hudud isi periuk nasi? [KUPAS] dimuat naik di akaun YouTube milik ‘BFM VDO’ dan menampilkan hos itu.
“Akhirnya… mimpi PAS nak melaksanakan Hudud di Kelantan datang menjelma,” kata Aishah dalam video tersebut.
Dalam nada menyindir, Aisyah turut mempersoalkan jika agama boleh menyelamatkan penduduk tempatan dari realiti sosio-ekonomi di dalam video tersebut.
Pihak BFM telah menarik balik siaran video tersebut berikutan maklum balas orang ramai. Ekoran itu, Aisyah menerima ugutan bunuh serta rogol.
BFM Media dan Projek Dialog, dalam mempertahankan Aisyah, berkata beliau hanya merupakan hos pengganti dan bukan hos tetap.
Susulan itu juga pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis kini sedang menyiasat video dan ugutan terbabit.
T K Letchumy Tamboo
Mon Mar 23 2015

Hos stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin, hari ini memohon maaf di atas klip video mempersoalkan hukum Hudud.

PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen
Anwar berpendapat sidang Parlimen perlu dijalankan segera bagi membawa beberapa perkara penting berkaitan rakyat.
![AWANI 7:45 [04/03/2021] - Pemandu treler ditahan | Jual vaksin COVID-19 | Cetus risiko jerebu AWANI 7:45 [04/03/2021] - Pemandu treler ditahan | Jual vaksin COVID-19 | Cetus risiko jerebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893717/24668264381614867734833_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [04/03/2021] - Pemandu treler ditahan | Jual vaksin COVID-19 | Cetus risiko jerebu
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 AWANI!

Zahid terima cek RM6 juta serah pada Lewis & Co - Pegawai penyiasat
Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa Lewis & Co ialah pemegang amanah bagi Yayasan Akalbudi, milik Ahmad Zahid.

Vaksin diberikan secara percuma, KKM sedang kenal pasti hospital, klinik swasta
KKM sedang mengenal pasti hospital dan klinik swasta untuk diberikan vaksin bagi meneruskan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan.
![[TERKINI] BN syorkan sidang Parliemn disegerakan [TERKINI] BN syorkan sidang Parliemn disegerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893715/24668264391614866543909_640x360.jpg)
[TERKINI] BN syorkan sidang Parliemn disegerakan

PRU-15 | Keputusan UMNO muktamad, tolak kerjasama BERSATU
Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu masih berlangsung petang tadi di Putrajaya. Difahamkan antara fokus dibincangkan berkenaan kerjasama dan hubungan diantara BERSATU dan UMNO. Namun hari ini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya berkata, perkara tersebut memang diputuskan sewaktu Majlis Tertinggi UMNO bermesyuarat pada 19 Februari lepas. Untuk perkembangan terkini kita bersama Fareez Azman dan Firdaus Azil.

Bersatu pandang serius surat Presiden UMNO, beri implikasi besar terhadap kerjasama politik
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memandang serius kandungan surat yang dihantar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 26 Februari lalu.

Jual Vaksin COVID-19 | Rakyat jangan mudah percaya
Orang ramai dinasihati untuk tidak mempercayai sebarang tawaran penjualan vaksin COVID-19 termasuk secara dalam talian. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan telah melakukan perancangan rapi dalam memastikan rakyat Malaysia dapat divaksin dengan selamat dan mengikut prosedur ditetapkan.

Khazanah | Keuntungan Khazanah susut kepada RM2.9 bilion
Keuntungan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menyusut kepada RM2.9 bilion pada tahun 2020 berbanding RM7.4 bilion pada tahun 2019. Dalam Ulasan Tahunan Khazanah 2021, Khazanah memaklumkan syarikat pelaburan kerajaan itu meraih hasil pelupusan yang lebih rendah pada tahun 2020 iaitu RM2.7 bilion berbanding RM9.9 bilion pada tahun 2019.

Vaksin COVID-19 | Dua laporan tipu jual vaksin COVID-19
Polis Diraja Malaysia menerima dua laporan berhubung penipuan penjualan vaksin COVID-19 yang melibatkan kerugian lebih 280 ribu ringgit. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, pihaknya mengesan penularan penjualan itu di media sosial.

Hudud: Saya minta maaf, tiada niat hina Islam - Hos radio BFM
Hos stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin, hari ini memohon maaf di atas klip video mempersoalkan hukum Hudud.

Isu Hudud: Polis akan siasat BFM dan individu yang mengugut - KPN
Penulis skrip video yang dikatakan mempertikaikan RUU Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang diluluskan DUN Kelantan juga akan disiasat.

'Tidak wajar sindir usaha pelaksanaan hudud' - Fathul Bari
Fathul Bari memberitahu, keprihatinan umat Islam seluruh negara perlu diambil kira kerana ia akan membantu mengimbangi kestabilan duniawi dan ukhrawi di Kelantan.

BFM mohon maaf, hos bukan penulis skrip
Stesen radio BFM telah memohon maaf atas klip video "Projek Dialog BFMKupas" yang telah menjadi viral di internet.

Hudud: Hos radio BFM terima ugutan bunuh
Hos stesen radio BFM menerima kritikan termasuk ugutan bunuh setelah video yang seolah mengkritik perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan.