MALAYSIA
Hujan berterusan dijangka landa Sarawak sehingga Rabu

Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak bermula esok hingga Rabu.- Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak bermula esok hingga Rabu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini memaklumkan, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, (Sri Aman) Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
-- BERNAMAMust-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami