MALAYSIA
Wanita ditemui mati ada kesan cekik, suami suspek utama - Polis

Polis membuat tangkapan ke atas suami mangsa (tiga dari kanan) di lokasi kejadian pada Isnin bagi membantu siasatan lanjut.
IPOH: Polis mengesahkan terdapat kesan cekik pada leher wanita yang ditemukan mati di sebuah rumah di Kampung Kuala Kuang, Chemor di sini pada Isnin.
Ringkasan AI
- Polis mengesahkan terdapat kesan cekik pada leher wanita warga Myanmar berusia 28 tahun yang ditemukan mati di rumah sewanya di Kampung Kuala Kuang, Chemor.
- Suami mangsa berusia 37 tahun telah ditahan di lokasi kejadian dan dipercayai sebagai suspek utama, dengan siasatan awal menunjukkan kejadian berpunca daripada perselisihan faham rumah tangga.
- Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan polis akan memohon perintah reman terhadap suspek bagi membantu siasatan lanjut.
"Siasatan awal polis mendapati kejadian pada jam 12.40 tengah hari itu berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan suami isteri tersebut.
"Suspek dikatakan tidak berpuas hati kerana sering dimarahi isterinya," katanya ketika dihubungi pemberita.
Menurutnya, insiden itu disedari rakan mangsa selepas menemui wanita terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
Katanya, polis telah membuat tangkapan ke atas suami mangsa di lokasi kejadian pada jam 3.40 petang hari yang sama.
"Polis akan memohon perintah reman terhadap suspek bagi membantu siasatan lanjut.
"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Sinar Harian melaporkan penemuan seorang wanita warga Myanmar yang disyaki dibunuh di rumah sewanya di Kampung Kuala Kuang dekat Chemor. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami