awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan berterusan diramal di Terengganu, Kelantan, Sabah - MetMalaysia

Bernama
Bernama
07/01/2023
06:41 MYT
Hujan berterusan diramal di Terengganu, Kelantan, Sabah - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.25 tengah hari ini, MetMalaysia berkata di Kelantan, kawasan dijangka terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala di Terengganu, ia melibatkan sekitar Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
Dalam kenyataan sama, ia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Sabah bermula 9 hingga 11 Jan ini, melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) atau Daerah (JPBD) hendaklah diaktifkan, dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi," menurut kenyataan itu.
MetMalaysia turut memohon JPBN atau JPBD memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas manakala Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai aset pengoperasian mencukupi serta berada dalam keadaan bersedia untuk digunakan.
Menurutnya Agensi Pengurusan Bencana Negara melalui Pusat Kawalan Bencana Negara akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran hujan berterusan
#MetMalaysia
#terengganu
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan