KULAI: Hujan lebat dan air deras yang berlaku dalam waktu singkat menyebabkan penduduk di Kampung Baru Sengkang, di sini, tidak sempat menyelamatkan harta benda di rumah mereka.
Mereka tidak menyangka akan mengharungi banjir teruk selepas lima tahun kawasan kediaman tidak dinaiki air.
Razali Atan, 61, berkata dia sekeluarga panik apabila air banjir naik dengan mendadak sehingga menenggelamkan hampir kesemua barangan di dalam rumah serta kerugian mencecah ribuan ringgit.
"Cepat sangat berlaku, hujan amat lebat bermula pukul 3 hingga 4 petang, naik sampai paras lutut. Pukul 6.30 petang air dah sampai pinggang dan naik lagi sampai ke dada bila menjelang malam.
"Dah lima tahun air tidak naik... bila jadi macam ini kami tidak bersedia, habis barang-barang kami rosak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya, di sini, hari ini.
Sementara itu, peniaga tebu dan pisang Nurul Arifin Razali, 32, pula hanya mampu pasrah apabila melihat keretanya ditenggelami air dan barang jualan hanyut dibawa air, tatkala dia sedang sibuk mengalihkan barang di dalam rumah.
"Kejadian cepat sangat berlaku, waktu hujan itu saya sedang berniaga di tempat lain. Bila saya balik tengok air dah mula naik, saya dengan segera mengalihkan kereta yang berada di halaman rumah ke kawasan jalan raya yang sedikit tinggi dari rumah saya tapi sungguh tak sangka air begitu deras, saya hanya mampu lihat kereta saya tenggelam," katanya.
Muhammad Hasbullah Muhammad Subri, 22, pula berkata dia hanya sempat menyelamatkan dokumen penting dan membawa datuk dan ahli keluarganya ke tempat selamat kerana kejadian berlaku dengan cepat.
"Sangat cepat sampai saya tak sempat buat apa. Yang penting saya dapat selamatkan datuk saya yang berusia 85 tahun," katanya yang bekerja kilang.
Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Kulai Chua Jian Boon yang ditemui di kampung berkenaan berkata masyarakat di kawasan itu sangat terjejas dan memerlukan bantuan kerana hampir kesemua barangan rosak teruk akibat banjir.
"Ketika ini, saya kena dahulukan keperluan masyarakat di sini berbanding kempen kerana mereka amat terjejas," katanya.
Setakat 12 tengah hari tadi, seramai 296 orang terjejas banjir kilat di Kulai, Kota Tinggi dan Segamat.
Sementara itu, di Kota Tinggi, satu kejadian tanah runtuh berlaku di Felda Air Tawar 3, susulan hujan lebat di daerah itu yang turun tidak henti-henti, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata, kejadian berkenaan yang berlaku pada 7.30 malam itu melibatkan tebing kawasan sebuah rumah yang terhakis akibat longkang tersumbat.
Bagaimanapun, beliau berkata pemilik rumah dan ahli keluarganya yang berada di rumah ketika itu, tidak mengalami apa-apa kecederaan selain tiada laporan kerosakan harta benda diterima.
Tambahnya, pihak SAJ Kota Tinggi telah pun membuat pembersihan di kawasan tebing tanah runtuh itu untuk baik pulih saluran paip air.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2022
Mangsa banjir Razali Atan bersama isterinya Milah Sabran dan anak mereka Noorarifin Razali mencuci rumah mereka yang berlumpur susulan banjir yang melanda Kampung Baru Sengkang, Kulai malam tadi. - Bernama
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman
Polis Daerah Kulai menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah itu daripada orang awam.
Santuni MADANI: Kampung Pertanian dipilih kampung angkat Dr Zaliha
Dr Zaliha pernah membuka klinik di kawasan Bandar Putra Kulai dengan kebanyakan pesakit adalah penduduk dari Kampung Pertanian.
Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori
Seorang pemandu bas maut, manakala 11 penumpang kenderaan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis.
Polis mohon kesan remaja perempuan hilang sejak 5 Mac di Kulai
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Balai Polis Kulai di talian 07-6632222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Teo Feng Shun 018-3774339.
Polis buru lelaki paut belakang treler bergerak
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang melakukan aksi berbahaya dengan berpaut pada belakang sebuah treler bergerak atas lebuh raya.
Imigresen gagalkan cubaan suami isteri mohon pasport Malaysia melalui pemalsuan identiti
Jabatan Imigresen Johor gagalkan cubaan sepasang suami isteri memperoleh pasport Malaysia melalui pemalsuan identiti di Kulai.
Lelaki maut motosikal terbabas masuk parit
Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 21 tahun itu dalam perjalanan dari arah Ulu Tiram menuju ke arah Kawasan Perindustrian Senai.
PN mampu buat kejutan di Pulai, Simpang Jeram - Mohd Amar
PN mampu membuat kejutan dengan memenangi kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, 9 September ini.
PRK: Zulkifli, Mazri calon PN Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai, Zulkifli Jaafar diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.
Empat ditahan bergaduh selepas mabuk
Polis menahan empat lelaki selepas dipercayai terlibat dalam satu insiden pergaduhan di luar sebuah premis berkonsep bistro di Jalan Kiambang 12 Indahpura di Kulai.