KUCHING: Hujan berterusan sejak tengah hari tadi umpama hujan rahmat yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Bumi Kenyalang ini untuk menyaksikan Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2022 di Santubong dekat sini pada Jumaat.
Festival tahun ini yang bertemakan '25th Legendary Rainforest Celebration', umpama kisah kebangkitan Puteri Santubong dari tidur, setelah dua tahun dunia dilanda pandemik COVID-19 yang menyebabkan segala aktiviti terhenti.
Tinjauan Bernama mendapati rata-rata pengunjung datang dari dalam negara, manakala jumlah kehadiran pengunjung luar negara tidak begitu memberangsangkan.
Begitupun, pengunjung yang hadir secara fizikal di festival muzik terbesar di Sarawak ini rata-ratanya tidak sabar untuk menonton persembahan yang disajikan terutamanya oleh artis tempatan.
Bagi penulis majalah Gaya Travel Hasif Hamsyari, antara artis tempatan yang ingin beliau saksikan ialah Alena Murang dan At Adau.
"Ini antara festival yang dinanti-nantikan terutama selepas bertahun-tahun tidak dapat menghadiri mana-mana festival seperti ini. Banyak yang saya dengar tentang festival ini daripada rakan-rakan," katanya kepada Bernama.
Turut teruja untuk menyaksikan persembahan alunan muzik tradisional ialah pengunjung luar Gemelos Vlajero, 24, yang berasal dari Sepanyol.
Menjadikan Borneo sebagai destinasi pilihan, Vlajeros berkata kunjungannya ke Sarawak kali ini dianggap serampang dua mata kerana selain berpeluang menghadiri RWMF, beliau dapat menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat di negeri ini.
"Ini adalah kali pertama saya berada di Malaysia dan semestinya Sarawak. Saya telah menonton sedutan ringkasan RWMF dan ingin menikmati persembahan tradisional di sini.
"Saya bersama kembar saya tiba di sini pada 14 Jun (Selasa). Borneo adalah salah satu tempat yang kami ingin lawati di dunia kerana hidupan liar dan oleh kerana saya tidak tahu banyak tentang perayaan itu, maka atas sebab inilah saya berada di sini.
Baru-baru ini dalam sidang media RWMF, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata berikutan beberapa negara masih melaksanakan sekatan perjalanan, dijangka sejumlah 12,000 pengunjung menghadiri festival ini.
Katanya pengunjung yang tidak dapat hadir secara fizikal boleh menyaksikan RWMF secara maya melalui tiket berharga RM25, sementara daripada harga tiket yang terjual, RM10 akan disumbangkan untuk Program ecoGreenPlanet yang merupakan inisiatif penghijauan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) melalui penanaman 4,500 pokok bakau.
RWMF 2022 menampilkan penghibur dari pelbagai negara termasuk China, Australia, India, Singapura, Indonesia, Kanada, Estonia, Itali, Jepun, Madagascar, Amerika Syarikat dan Vietnam yang menyaksikan lebih ramai persembahan individu berbanding sebelum ini secara langsung di pentas serta secara maya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Pengunjung yang hadir di festival muzik terbesar di Sarawak ini rata-ratanya tidak sabar untuk menonton persembahan yang disajikan terutamanya oleh artis tempatan. - Foto Astro AWANI
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat
Pegawai Kerajaan Iran mendakwa mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hujan rahmat di malam pertama pesta muzik terbesar Sarawak
Rata-rata pengunjung datang dari dalam negara, manakala jumlah kehadiran pengunjung luar negara tidak begitu memberangsangkan.
Karim yakin pelaksanaan cukai pelancongan ditangguh hingga tahun depan
Beliau berkata Sarawak dan Sabah telah menampilkan resolusi, memorandum persefahaman (MoU) yang akan dikemukakan kepada Menteri Kewangan Persekutuan untuk dipertimbangkan.