Hukuman kerja sosial seperti membersihkan tandas, memungut sampah dan memotong rumput sedang dipertimbangkan bagi pesalah peraturan larangan merokok di tempat awam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
"Hukuman denda akan membuat orang berfikir kalau ada duit boleh buat kesalahan. Jadi, saya melihat kepada hukuman kerja sosial ini dengan teliti," katanya yang berpendapat hukuman kerja sosial lebih efektif.
Berucap pada majlis perjumpaan bulanan kementeriannya di sini hari ini, Dr Dzulkefly turut mengingatkan warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM) supaya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat dengan menghormati perintah larangan merokok berkenaan di premis KKM dan di tempat awam.
Sambil berseloroh, beliau yang menyifatkan peratus warga KKM yang masih merokok sebagai 'rahsia besar' di kementerian, dan terpaksa menerima hakikat ada warga kementeriannya sendiri tidak dapat berhenti daripada tabiat merokok.
Bermula 1 Jan 2019, peraturan larangan merokok dikuatkuasakan di semua restoran dan warung sama ada yang bertutup, berhawa dingin mahupun yang berkonsep terbuka termasuk di tepi jalan.
Perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Tempoh aktiviti penguatkuasaan pendidikan bagi pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok pada awalnya ditetapkan selama enam bulan kemudiannya dilanjutkan sehingga akhir Disember ini.
Menurut Dr Dzulkefly, 129,180 premis sudah diperiksa sehingga kini dengan notis amaran larangan merokok sudah dikeluarkan mencecah 30,698.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019

Perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. - Gambar hiasan

Gempa bumi sederhana melanda Selatan Sumba, Indonesia
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sukan Perpaduan Islam: Irfan Shamsuddin dibatasi kecederaan
Dia melakar catatan 59.37m menerusi balingan pertamanya dan hanya menyempurnakan dua lontaran daripada baki aksi.

Karachi, bandar paling tidak sesuai didiami di dunia
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan, mengundang ketidakselesaan.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Penganalisis semak semula unjuran KDNK 2022 hingga 6.6%, jangka OPR dinaikkan September ini
Pertumbuhan pada suku berkenaan adalah lebih kukuh berbanding suku pertama yang berkembang 5%.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982406/thumbnails/28747944061660351721926_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Malaysia laksana polisi pengurusan kenderaan akhir hayat menjelang 2025 Kuasa beli menurun, corak perbelanjaan kini berubah - Kajian #AWANInews #MalaysiaSihat

Hong Leong Bank diiktiraf bank PKS terbaik untuk kali ke-4 di Anugerah Perkhidmatan Kewangan Runcit 2022
HLB juga dinobatkan sebagai 'Bank PKS Terbaik di Malaysia' oleh Asian Banking and Finance baru-baru ini.

AWANI Pagi: AWANI Pagi: KLFW I Dimana KLFW membawa jenama lokal selepas 10 tahun
Acara fesyen, Kuala Lumpu Fashion Week (KLFW) telah sedekad meraikan bakat-bakat atau karya pereka fesyen tempatan. Namun apa pula yang akan dibawakan selepas 10 tahun ini? Bagaimana ia membawa jenama Malaysia ke peringkat antarabangsa? Diskusinya dalam #AWANIPagi #AWANInews #MalaysiaSihat

Saraf Salman Rushdie putus akibat ditikam, mungkin buta sebelah mata
Salman cedera selepas ditikam di atas pentas pada acara sastera di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Aramex Malaysia beli 10 motosikal baharu, lancar program Ride-2-Own
Pembelian motosikal itu juga sekali gus mengembangkan lagi perkhidmatan syarikat itu kepada komuniti di Malaysia.

Najib dakwa hantaran di FB tiada kaitan dengan Dzulkefly
Najib mendakwa terbitan tersebut merujuk kepada gabungan parti Pakatan Harapan (PH), oleh itu tiada sebarang fitnah telah dibuat terhadap plaintif (Dzulkefly).

Dr Dzulkefly disahkan positif COVID-19
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad disahkan positif COVID-19 hari ini.

Jawatankuasa Khas: Pembangkang sentiasa bersedia, sambut baik usaha kerajaan - Dr Dzulkefly
Pembangkang harap jawatankuasa itu libatkan pakar-pakar dan penyelidik bagi menggembleng tenaga dalam usaha menangani krisis kesihatan.

COVID-19: Selangor pergiat POIS, pengesanan kontak - Dr Dzulkefly
Inisiatif POIS bersifat proaktif, berbanding tindakan reaktif seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

PKP penuh di Selangor patut dilaksanakan dengan cara berbeza - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly menegaskan tempoh sekatan pergerakan (lockdown) selama dua minggu tidak cukup untuk benar-benar menghentikan jangkitan.

Rakyat mahu kerajaan segerakan PKP penuh di Selangor
Rata-rata rakyat mahukan kerajaan supaya menyegerakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor susulan peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.

'Lockdown' Selangor? Laporan berkait Dr Dzulkefly separa tepat, nyawa lebih utama - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari hari ini tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan berkenaan laporan kononnya Selangor enggan melaksanakan 'lockdown' atau PKP yang lebih ketat.

Vaksin COVID-19: 'Kita harus iktiraf KKM ada pengetahuan teknikal' - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata bagaimanapun, ketika ini, lebih penting untuk kerajaan memastikan mereka mempunyai strategi komunikasi yang berkesan untuk mendepani cabaran ini.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat: Harap pembangkang bersikap profesional - Wan Saiful
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan berharap wakil-wakil pembangkang tidak membuat keputusan yang hanya berpandukan nafsu politik.

Keengganan KKM kongsi data buat kami 'bertinju' dalam keadaan mata tertutup - Dr Dzul
Keengganan KKM berkongsi data mentah menyebabkan Kerajaan Negeri bertinju dalam keadaan mata tertutup dan tangan terikat.