PUTRAJAYA: Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh pelajar tingkatan lima yang juga kekasihnya, lapan tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan sebulat suara itu selepas membenarkan rayuan akhir Tarmizi Yaakob, 28, supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).
"Hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 25 Okt 2015," katanya yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abu Bakar Jais.
Hakim Mohamad Zabidin turut membatalkan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan merogol selepas peguam Azizul Shariman Mat Yusoff mewakili Tarmizi memaklumkan pihaknya tidak meneruskan rayuan. Oleh itu, hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan terhadap Tarmizi, kekal.
Pada 26 Mac 2019, Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang menjatuhkan hukuman mati terhadap Tarmizi yang dikenali sebagai "Babun" selepas didapati bersalah membunuh pelajar berusia 17 tahun di sebuah pangsapuri di Teluk Kumbar, Georgetown antara 7.30 pagi hingga 7.30 malam, 25 Okt 2015.
Mahkamah itu juga menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan terhadap Tarmizi kerana merogol kekasihnya di tempat dan tarikh sama pada 7.30 pagi. Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu bagi kesalahan membunuh dan merogol.
Terdahulu, Azizul Shariman berkata pihaknya telah menyerahkan representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 Ogos lepas supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).
"Kami mendapat jawapan daripada pihak responden (pendakwa raya) bahawa tiada halangan untuk kami memohon hukuman di bawah akta terbabit," katanya dan menambah rayuan hanya membabitkan hukuman dan bukan sabitan.
Timbalan Pendakwa Raya Noorhisham Mohd Jaafar mengesahkan perkara itu.
Semasa rayuan meringankan hukuman, Azizul Shariman memohon penjara minimum dengan mengambil kira semasa kejadian, perayu ialah pesalah muda yang ketika itu berumur 20 tahun serta mengalami terencat akal minimum akibat pengambilan dadah, selain kurang kasih sayang memandangkan ibunya meninggal dunia semasa usianya 15 tahun.
Noorhisham pula berkata semasa kejadian, perayu telah menggunakan senjata pisau dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat 18 kesan campuran pendarahan, lebam, luka dan melecet pada badan si mati.
Justeru, pihak pendakwaan memohon hukuman penjara tidak kurang 35 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan sebulat suara itu selepas membenarkan rayuan akhir Tarmizi Yaakob. - Gambar hiasan
Di sebalik aksi berani juruterbang aerobatik
Ikuti sesi eksklusif bersama Kapten John Sham, juruterbang aerobatik pertama negara yang diiktiraf CAAM, ketika beliau bersiap untuk menerbangkan GameBird di LIMA 2025. Dari TUDM ke langit antarabangsa, beliau berkongsi kisah permulaan, latihan ekstrem, dan prinsip yang menjadi tunjang kejayaan.
Pusat Media Antarabangsa lengkap kemudahan
Prasarana di dalam IMC bertujuan menampung keperluan petugas media ketika membuat liputan.
Sindiket sasar pusat hiburan tumpas, dadah RM6.3 juta dirampas
Polis Pulau Pinang mematahkan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA yang menyasarkan pusat hiburan di negeri itu selepas menahan enam lelaki dan merampas dadah seberat 37.8 kilogram bernilai RM6.3 juta.
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PPM di Kelantan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan Persidangan Tahunan ke-60 Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Kota Bharu, sambil menzahirkan harapan agar ahli persatuan celik digital, bijak memanfaatkan teknologi dan kekal beretika dalam dunia serba moden.

Lima termasuk pelajar maut dalam serangan bom bunuh diri sasar bas sekolah di Pakistan
Serangan turut mencederakan lebih 30 orang, termasuk pelajar sekolah yang berada dalam bas ketika kejadian berlaku.
AWANI Borneo [21/5/2025] – Petronas-PETROS| AirBorneo| Takziah
AWANI Borneo Rabu, 21 Mei 2025 bersama Jasmine Abu Bakar.
1. Muktamad! Petronas teruskan amanah tertakluk di bawah PDA 1974
2. Sarawak muktamad pengambilalihan MasWings menjelang 31 Disember.
3. Jenazah tun Ahmadshah selamat dikebumikan.
1. Muktamad! Petronas teruskan amanah tertakluk di bawah PDA 1974
2. Sarawak muktamad pengambilalihan MasWings menjelang 31 Disember.
3. Jenazah tun Ahmadshah selamat dikebumikan.

Pope Leo XIV desak Israel benarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Gesaan ini dibuat selepas Israel mengumumkan pembukaan semula laluan bantuan selepas 11 minggu sekatan, namun PBB melaporkan tiada bantuan telah diedarkan setakat ini.
Tun Ahmadshah laksana tanggungjawab dengan baik, berdedikasi
Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah yang meninggal dunia semalam telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik serta dedikasi.
RM464.5 juta jayakan SKAS menerusi S Pay
Kerajaan Sarawak telah membelanjakan sejumlah RM464.5 juta bagi menjayakan Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Petronas teruskan amanah tertakluk di bawah PDA 1974
Petronas akan meneruskan fungsi, aktiviti dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada entiti itu di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas hukuman mati
Panel hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan D. Kalaiselvan, 59, berhubung hukuman mati terhadapnya.

Tembak pegawai bank: La Ode terlepas hukuman gantung
La Ode dijatuhkan hukuman penjara 38 tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh dua rakan sekerja ketika tidur kekal
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati seorang bekas pengawal keselamatan yang membunuh dua rakan sekerjanya ketika mereka sedang tidur dengan sebilah parang tujuh tahun lepas.

Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh kekasih diganti penjara 33 tahun, 12 sebatan
Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.