awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
Polis Nigeria lancar operasi cari 28 pengembara diculik di wilayah tengah
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hukuman mati Nagaenthran: PM mohon Singapura ringankan hukuman

Bernama
Bernama
07/11/2021
06:32 MYT
Hukuman mati Nagaenthran: PM mohon Singapura ringankan hukuman
Difahamkan, Perdana Menteri telah meminta kerajaan Singapura untuk kemungkinan menangguhkan hukuman tersebut dan mengemukakan permohonan baharu Pengampunan Presiden Singapura bagi kes melibatkan D. Nagaenthran. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob difahamkan telah mengutuskan surat kepada rakan sejawatannya di Singapura Lee Hsien Loong, bagi meringankan hukuman kes melibatkan seorang rakyat Malaysia yang dijadualkan menjalani hukuman gantung kerana mengedar dadah.
Bernama hari ini difahamkan bahawa Ismail Sabri telah meminta kerajaan Singapura untuk kemungkinan menangguhkan hukuman tersebut dan mengemukakan permohonan baharu Pengampunan Presiden Singapura bagi kes melibatkan D. Nagaenthran.
Nagaentharan, 33, yang didakwa peguamnya sebagai seorang kurang upaya pembelajaran, telah ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 atas kesalahan penyeludupan 42.72 gram dadah jenis diamporphine dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 Nov 2020.
Proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat sehingga ke peringkat akhir, iaitu melalui permohonan Pengampunan Presiden Singapura dan ditolak pada 1 Jun 2020.
Hukuman mati itu dijadualkan dilaksanakan pada 10 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Lee Hsien Loong
#Singapura
#D Nagaenthran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan