KUALA LUMPUR: Hukuman mati yang dianggap mampu menjadi mekanisme mencegah jenayah-jenayah berat, jelas tidak berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.
Koordinator Eksekutif The Anti-Death Penalty Asia Network, Dobby Chew berkata, cadangan kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori perlu dimanfaatkan untuk menilai kembali pelaksanaan hukuman itu.
“Dua faktor yang biasa kita akan dengar mengenai hukuman mati ialah faktor pencegahan dan pembalasan. Dua isu ini kalau kita lihat di Malaysia, memang tidak jelas ada kesan pencegahan.
“Sebab kalau kita tengok pada tahun 2018, ada moratorium hukuman gantung. Kita sudah tidak gantung orang untuk tempoh lima tahun. Kita tengok kadar jenayah, terutamanya kadar jenayah bunuh.
“Tahun 2017 kita ada lebih kurang 370 kes bunuh yang dilaporkan, tahun lepas kita ada lebih kurang 250 kes, kalau kita katakan hukuman mati ini ada impak pencegahan, tidak kelihatan begitu,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru terbitan Astro AWANI.
Dobby berkata hukuman mati perlu dinilai secara objektif dengan melihat kepada keberkesanannya untuk mempertahankan kesejahteraan hidup rakyat.
Dalam masa yang sama, perlu diakui kegagalan hukuman ini untuk benar-benar menghukum akar permasalahan jenayah yang berlaku.
“Biasa yang kita nampak di Malaysia, Indonesia dan Singapura, yang dihukum mati bagi kes dadah ialah keldai dadah. Tokan dadah tidak akan dihukum mati sebab mereka kaya, peguam terbaik mereka boleh upah.
“Itu tidak termasuk kemungkinan mereka melepaskan diri dengan merasuah pihak berkuasa. Dia boleh larikan diri, yang dihukum ialah keldai dadah.”
Dobby berkata ini satu masalah yang perlu diteliti untuk menilai semula pelaksanaan hukuman mati bagi memastikan ia benar-benar mampu menghukum punca barah jenayah dalam masyarakat.
Irfan Faruqi
Thu Mar 30 2023

Perlu diakui kegagalan hukuman mati untuk benar-benar menghukum akar permasalahan jenayah yang berlaku. - Gambar hiasan
EU sokong pihak berkuasa Palestin mentadbir Gaza
EU menyokong Pihak Berkuasa Palestin sebagai pihak yang paling sesuai untuk mentadbir Gaza. Kaja Kallas mengutuk penyambungan semula perang di Gaza dan menyokong gencatan senjata. Beliau juga menegaskan bahawa keganasan oleh peneroka dan pembinaan penempatan baharu melemahkan prospek penyelesaian dua negara.
Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir

PN hanya terbuka kerjasama dengan UMNO demi masa depan rakyat – Hamzah
Menurut Hamzah, kenyataan yang dikeluarkannya dalam podcast Keluar Sekejap baru-baru ini disalah tafsir.

BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
Pendapatan tersebut meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi unjuran Bloomberg sebanyak CN766 bilion.

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Lelaki terlepas hukuman mati, diganti penjara 20 tahun sebabkan kematian isteri
Mahkamah mengambil kira segala fakta termasuk hubungan perayu dengan mangsa sebagai suami isteri.

924 permohonan semakan hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dikemuka
Jumlah itu libatkan 807 semakan hukuman bagi banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan 117 semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat.

Tiada lagi hukuman mati mandatori di Malaysia mulai hari ini - Ramkarpal
Tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) hari ini.

SUHAKAM sambut baik keputusan pemansuhan hukuman mati mandatori
Keputusan berkenaan sejajar usaha advokasi Suruhanjaya dan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi kebebasan asasi semua rakyat.

Dewan Rakyat lulus RUU mansuh hukuman mati mandatori
Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat melalui undian suara pada Isnin.

Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam
Hukuman mati masih dikekalkan untuk jenayah tertentu, khususnya melibatkan jenayah berat.

Hukuman mati tidak menjamin pencegahan jenayah - Dobby Chew
Hukuman mati yang dianggap mampu menjadi mekanisme mencegah jenayah-jenayah berat, jelas tidak berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.

Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis
Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.

Kerajaan akan pinda tujuh akta berkaitan penggantian hukuman mati mandatori - Azalina
Rang Undang-Undang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori ini dijangka dibentangkan di sidang Parlimen pada Februari 2023

Penggangur berdepan hukuman mati mandatori edar dadah
Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 23,188 gram, pada 11 Nov lepas.