KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan serta hukuman tegas terhadap individu yang melakukan serangan siber perlu dikuatkuasakan bagi membendung situasi itu daripada terus berleluasa.
Penganalisis jenayah Shahul Hamid Abdul Rahim berpendapat bahawa perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.
"Negara ada undang-undang, peraturan dan hukuman namun jika penguatkuasaan tidak dijalankan dengan serius, ancaman kepada negara akan terus berlaku. Akta Keselamatan Siber diwujudkan dan masih baharu, jadi saya tidak nampak secara serius kita menggunakan akta tersebut.
"Penguatkuasaan itu tidak begitu dipraktikkan. Mereka kena buat siasatan, tangkap dan dakwa mereka yang akses dan godam data...mereka bimbang kita serius kendali akta ini. Semak semula prosedur operasi standard (SOP) yang ada supaya tepat dan betul sebab mahu buktikan serangan siber ini bukan mudah dan perlu banyak spesifikasi dalam siasatan," katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
Beliau menegaskan agar perkara (undang-undang) itu dilihat semula sama ada sudah memadai atau perlu ditambah baik bagi menjadi satu akta yang benar-benar mampu menangani serangan siber.
"Kita perlu lakukan siasatan secara serius dan mendakwa pelaku dengan tuduhan lebih berat, jika ada kelemahan dalam penguatkuasaan mungkin boleh menukar seksyen serta hukuman kepada pelaku.
"Sebagai contoh baru-baru ini, netizen tidak puas hati terhadap hukuman denda maksimum RM100 yang dikenakan kepada seorang pemilik rumah kebajikan atas pertuduhan dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menyebabkan kematian seorang pempengaruh. Hal ini kerana ia melibatkan maruah orang dan sebagainya," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengesyorkan agar pendidikan kepada pengguna media sosial diaplikasikan bagi mendidik golongan itu mengendali atau mengenali penipuan serta ancaman siber.
"Kita perlu mendidik pengguna tentang amalan keselamatan terbaik. Pendidikan ini perlu diberi dahulu jika tidak, pengguna media sosial akan bebas menggunakan platform itu tanpa batasan.
"Anak-anak kecil sudah pandai main telefon, mereka bijak dan boleh akses mana-mana laman web, jadi pendidikan perlu hadir dari rumah melalui ibu bapa baru lah ke peringkat sekolah dan sebagainya.
"Termasuklah jenayah scam, orang Malaysia mudah terpedaya, merayu sikit terus serahkan apa yang ada. Hati-hati dalam menggunakan media sosial jika ada orang yang tidak dikenali, terus hentikan perbualan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024
Shahul Hamid mengesyorkan agar pendidikan kepada pengguna media sosial diaplikasikan bagi mendidik golongan itu mengendali atau mengenali penipuan serta ancaman siber. - Gambar hiasan/BERNAMA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Kementerian Pertahanan teliti pendekatan terbaik bangunkan armada digital
Kementerian Pertahanan sedang meneliti pendekatan terbaik dalam membangunkan ketumbukan dan armada digital secara besar-besaran.
Singapura hentikan aplikasi Mobile Guardian pelajar selepas serangan siber
Kementerian Pendidikan Singapura akan menghentikan penggunaan Aplikasi Mobile Guardian daripada peranti pembelajaran peribadi pelajar.
Lebih 79 peratus rantaian bekalan perisian di Malaysia terdedah kepada serangan siber
Lebih 79 peratus rantaian bekalan perisian di Malaysia terdedah kepada serangan siber dalam tempoh 12 bulan lepas berbanding 76 peratus secara purata di peringkat global.
Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.
Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan
Sebanyak 78.4 peratus daripada responden Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu serangan siber pada tahun lepas dengan lebih 55 peratus menghadapi serangan setiap bulan atau mingguan.
Microsoft anggar 8.5 juta komputer Windows terkesan masalah kemas kini Crowdstrike
Microsoft menyatakan impak ekonomi yang dibawakan kesan daripadanya adalah sangat besar.
Operasi agensi kerajaan tidak terjejas oleh insiden gangguan IT global - TPM Fadillah
Gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku sejak semalam tidak menjejaskan operasi agensi kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Gangguan IT global: CrowdStrike dakwa sudah aktifkan "penyelesaian"
CrowdStrike berkata pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.
Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas
Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.
Kakitangan Microsoft di China diwajibkan guna iPhone
Pengharaman penggunaan peranti Android turut berkuat kuasa ke atas kakitangan yang bekerja di Hong Kong.