awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hukuman tegas, setimpal terhadap pesalah kes kematian bayi - Rina

Bernama
Bernama
01/05/2021
10:24 MYT
Hukuman tegas, setimpal terhadap pesalah kes kematian bayi - Rina
Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam kenyataan hari ini meminta agar pihak berkuasa menyiasat dengan teliti kes yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan itu. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mahu pesalah yang menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan, Selasa lepas dikenakan hukuman tegas dan setimpal.
Justeru, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam kenyataan hari ini meminta agar pihak berkuasa menyiasat dengan teliti kes yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan itu.
Semalam, media melaporkan polis telah menahan pengasuh wanita dan suaminya di sebuah rumah di pangsapuri Jalan PJU 1A/42, Petaling Jaya selepas disyaki membunuh seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan.
BACA: Sepasang suami isteri ditahan bantu siasatan kes bayi 9 bulan mati didera
Menurut laporan media, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dan cedera di bahagian dubur mangsa.
Bagi memastikan kes seumpama itu tidak berulang, Rina menasihati ibu bapa agar membuat penilaian menyeluruh sebelum memilih pengasuh dan maklumat berkaitan pengasuh berdaftar boleh diperolehi di laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di jkm.gov.my.
Selain itu, Rina menggesa agar masyarakat masyarakat menjadi mata dan telinga kepada pihak kerajaan dengan memupuk sikap ambil peduli dan melaporkan sebarang kecurigaan berlaku di kawasan kediaman masing-masing kepada pihak berkuasa.
Laporan boleh dibuat melalui Talian Kasih 15999, talian WhatsApp 019-26 15999 yang beroperasi 24 jam atau di 108 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di seluruh negara serta balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hukuman tegas
#KPWKM
#kematian bayi
#Rina Harun
#Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#pengasuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan