PETALING JAYA: Sepasang suami isteri ditahan berkaitan kes seorang bayi lelaki maut dipercayai didera seorang pengasuh di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid dalam satu kenyataan hari ini berkata, polis menerima laporan daripada seorang doktor di sebuah hospital kerajaan berhubung kejadian itu.
Doktor terbabit mengaku menerima seorang bayi berumur sembilan bulan tidak sedarkan diri oleh seorang lelaki dipercayai pengasuh bayi tersebut.
"Bayi tersebut dibawa ke hospital oleh lelaki berkenaan kira-kira jam 7 petang Selasa.
"Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di mulut dan kecederaan di dubur mangsa," katanya.
Menurut Mohamad Fakhruddin lagi, pihak polis telah menahan pasangan suami isteri warga tempatan di sebuah pangsapuri di sini kira-kira jam 8 malam.
"Kedua-dua suspek berumur 35 tahun itu ditahan berdasarkan keterangan saksi yang membantu siasatan kes tersebut.
"Semakan rekod mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod dalam kes dadah iaitu Seksyen 15(1)Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah.
"Kedua-dua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya lagi.
Astro Awani
Fri Apr 30 2021
Menurut polis, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di mulut dan kecederaan di dubur mangsa. - Gambar hiasan
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Pelajar Malaysia dihukum penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh bayinya di UK
Mahkamah Mahkota Warwick menjatuhkan hukuman ke atas Jia Xin Teo, 22, pada Jumaat (25 Okt) di selepas disabitkan atas kesalahan membunuh
Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK
Menurut laporan BBC, wanita itu memasukkan bayinya ke dalam kotak makanan bijirin dan kemudian menyembunyikannya dalam beg pakaian.
Ibu, rakan dihukum penjara 35 tahun bunuh bayi lelaki
Seorang ibu dan rakan wanitanya dijatuhi hukuman penjara 35 tahun selepas didapati bersalah kerana membunuh bayi lelaki berusia 23 bulan.
Pengawal keselamatan dituduh sebabkan kematian bayi berusia setahun
Seorang pengawal keselamatan didakwa menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia setahun.
Britain: Jururawat didapati bersalah bunuh 7 bayi di hospital
Seorang jururawat Lucy Letby didapati bersalah membunuh tujuh bayi dalam unit neonatal ketika bekerja di Hospital Countess of Chester di barat laut England.
Pengasuh didakwa bunuh bayi berusia enam bulan
Dia didakwa telah membunuh bayi berkenaan di sebuah rumah di Taman Tawas Indah, Chemor antara 7 Julai hingga 12 Julai lalu.
Pasangan Korea mengaku cekik bayi hingga mati
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan atas tuduhan mencekik bayi mereka sehingga mati di bandar Geoje, Korea Selatan.
Sumbang mahram dengan anak, lelaki dakwa 'diperintah' dukun bunuh 7 bayi kalau nak kaya-raya
Seorang lelaki dipercayai telah membunuh dan menanam hidup-hidup tujuh mayat bayi di satu kawasan hasil daripada perlakuan sumbang mahram terhadap anak kandungnya sendiri.
Ibu bunuh 2 bayi, simpan mayat dalam peti sejuk
Suspek dilapor membunuh anak keempatnya yang berusia sehari pada November 2018 dan mengulangi tindakan sama terhadap anak kelima pada November 2019.
Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri berusia 6 bulan
Zahrul Ashrik Zulkaflee mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.