Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa mengalu-alukan saman yang ingin dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan anak syarikatnya seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Tambahnya, lima saman dari Kerajaan Negeri dinantikannya kerana dakwaan mengenai ketempangan dan salah urus tadbir kerajaan negeri sebelum ini terlalu banyak, namun hanya lima saman yang ingin di hantar kepadanya.
Husam menambah, kenyataan Mohd Amar bahawa beliau lari dan enggan menerima notis saman, adalah kenyataan orang yang jahil dengan proses saman menyaman dan undang-undang.
Katanya semasa membuat semua dakwaan ke atas Kerajaan Kelantan atau agensinya, beliau bersandarkan dokumen-dokumen rasmi Kerajaan Kelantan sendiri.
"Semasa perbicaraan nanti, InsyaAllah dokumen rasmi ini boleh dipohon kepada mahkamah untuk dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, sebahagian dari dokumen ini selama ini dilindungi," katanya.
"Menerusi perbicaraan nanti ianya memberi peluang kepada semua untuk didedahkan dokumen berkaitan, termasuk membawa Menteri Besar dan Timbalanya serta Exco-Exco dan pihak yang terlibat untuk turut memberi keterangan di mahkamah."
Husam juga bercadang untuk melakukan sapina ke atas mereka yang boleh membantu dalam perbicaraan di mahkamah tidak terkecuali Mohd Amar sendiri.
Untuk itu beliau berharap Naib Presiden Pas itu tidak melarikan diri.
Katanya, sebelum beliau membuat kenyataan mengenai ketempangan pentadbiran Kerajaan Kelantan, beliau telah mengkaji setiap satunya dengan teliti dan bertanggungjawab sepenuhnya atas dakwaan itu dunia dan akhirat.
Vivi Sumanti
Fri Mar 09 2018
Husam berkata, kenyataan Mohd Amar bahawa beliau lari dan enggan menerima notis saman, adalah kenyataan orang yang jahil dengan proses saman menyaman dan undang-undang. - Astro AWANI/Fail
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Husam Musa sedia disaman
Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa mengalu-alukan saman yang ingin dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan anak syarikatnya.