Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kini menjadi hospital tumpuan di negara ini terutama di Pantai Timur bagi merawat penyakit kanser berikutan terdapat ramai pakar perubatan.
Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Datuk Dr Ahmad Sukari Halim berkata, ini kerana hanya HUSM sahaja yang memiliki mesin radioterapi bagi perawatan penyakit kanser, manakala rawatan kemoterapi dan sebagainya boleh dibuat di hospital lain.
Beliau berkata, terdapat 1,828 kes baharu tahun lepas dan lebih 4,000 kes ulangan setiap tahun menjadikan HUSM tumpuan bagi rawatan penyakit kanser di Malaysia khususnya penduduk di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Daripada statistik kanser di seluruh hospital Pantai Timur yang diperoleh melalui data yang dikumpulkan oleh HUSM sehingga 31 Disember lepas, bilangan pesakit kanser tertinggi adalah kanser payu dara bagi wanita iaitu 1,097 pesakit.
"Ini melibatkan 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit kanser, manakala yang kedua tertinggi ialah kanser hidung yang melibatkan 262 pesakit, seterusnya kanser usus, kanser pangkal rahim (serviks), kanser paru-paru dan kanser rahim (ovari)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Kanser Sedunia 2020 Peringkat HUSM di sini yang turut dihadiri Penyelaras Klinikal, Onkologi klinikal, HUSM, Dr Wan Mohd Nazri Wan Zainon.
Bagi lelaki pula, katanya, kanser paling tinggi melibatkan kanser usus yang disebabkan oleh faktor pemakanan diikuti kanser paru-paru, kanser prostat, kanser pangkal hidung dan kanser hati.
Dr Ahmad Sukari berkata, pihaknya merangkakan pelbagai kaedah perubatan yang boleh membantu pesakit kanser yang bukan sahaja melibatkan aspek perawatan dengan kos tinggi, malah turut mengambil kira tahap kesengsaraan pesakit.
"Banyak langkah yang perlu dibuat, antaranya kempen bagi aspek menjaga kesihatan dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan larian.
"Ia tidak melibatkan pesakit kanser sahaja, sebaliknya keluarga juga turut diberi kesedaran dan melakukan aktiviti seminggu sekali bagi sama-sama memberi sokongan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 05 2020
Hanya HUSM sahaja yang memiliki mesin radioterapi bagi perawatan penyakit kanser, manakala rawatan kemoterapi dan sebagainya boleh dibuat di hospital lain, kata Dr Ahmad Sukari Halim.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Suami isteri buat laporan polis, dakwa anak cedera ditampar guru
Mangsa mengalami pendarahan di kedua-dua belah telinga selain bengkak di kedua-dua pipinya.
Hospital USM wajibkan saringan COVID-19 kepada peneman pesakit
Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) mewajibkan saringan COVID-19 kepada peneman pesakit bagi mengelakkan jangkitan daripada komuniti berikutan peningkatan kes baharu wabak itu.
Presiden POKB meninggal dunia
Allahyarham Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.58 pagi pada usia 62 tahun.
Anggota polis maut kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung
Seorang anggota polis maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 131.2, Jalan Raya Timur Barat, di sini kira-kira jam 1.30 petang tadi.
HUSM jadi tumpuan rawatan kanser
HUSM kini menjadi hospital tumpuan di negara ini terutama di Pantai Timur bagi merawat penyakit kanser berikutan terdapat ramai pakar perubatan.
Bekas jurulatih badminton Jepun, Izuan Ibrahim meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.30 malam ini, selepas dimasukkan ke hospital itu Khamis lepas.
Jangan guna bahan makanan jika anggota badan melecur
Tindakan guna bahan makanan bagi merawat kecederaan semasa melecur adalah salah, kerana ia tidak bermanfaat malah boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Cubaan bakar diri, perunding perkahwinan meninggal dunia
Perunding perkahwinan berusia 37 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia.
Sempat kongsi cara solat jenazah sehari sebelum ajal tiba
Muhammad Afifi Amiri Mohamad Nawawi, 28 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala dan paha susulan motosikalnya merempuh sebuah jentera bomba.
Tayar belakang basikal dirempuh keretapi, pelajar Tahun 3 koma
Seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Uban mengalami pendarahan di kepada dan sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah dirempuh kereta api.