Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi

Ngwe berkata selain pemandangan indah, kewujudan beberapa batu berlumut atau dikenali sebagai batu kuning menjadi tarikan untuk mereka yang gemar berswafoto. - Gambar fail
ALOR GAJAH: Kawasan Hutan Percha di Machap Jaya di sini berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi baharu untuk menarik pelancong, khususnya golongan yang meminati sukan mendaki dan mencintai alam semula jadi.
Ringkasan AI
- Hutan Percha di Machap Jaya berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi baru untuk menarik pengunjung yang gemar sukan mendaki dan alam semula jadi.
- Hutan Rekreasi Bukit Percha kini menjadi tarikan popular dengan tiga laluan mendaki yang mudah diakses, menarik lebih 700 pengunjung termasuk kanak-kanak dan warga emas.
- Kerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk penambahbaikan kemudahan asas di kawasan Bukit Percha termasuk kluster inap desa, memberi impak positif ekonomi kepada penduduk tempatan dengan peluang pekerjaan dan peniagaan produk tempatan.
"Laluan untuk ke puncak juga tidak terlalu mencabar dan agak santai, hanya memakan masa antara satu hingga satu jam setengah untuk sampai ke puncak dan pendaki dapat menikmati pemandangan kampung serta alam semula jadi yang cantik.
"Sejak Bukit Percha dibuka kepada orang ramai, lebih 700 pengunjung telah mendaki bukit berkenaan termasuk kanak-kanak dan warga emas," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Beliau berkata selain pemandangan indah, kewujudan beberapa batu berlumut atau dikenali sebagai batu kuning menjadi tarikan untuk mereka yang gemar berswafoto.
Bagaimanapun, katanya beberapa kemudahan asas seperti tandas awam, gazebo, kawasan parkir, perlu dibangunkan di kawasan berkenaan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengunjung.
Ngwe berkata penambahbaikan berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi peruntukan yang akan dimohon di bawah Rolling Plan Ke-3 (RP3) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Beliau berkata selain itu, kluster inap desa juga akan dibangunkan di kawasan Bukit Percha bagi menyediakan penginapan mencukupi kepada pelancong.
"Setakat ini, hanya terdapat lima unit inap desa, namun untuk menjadikan satu kluster, sekurang-kurangnya perlu ada 10 unit inap desa, sekali gus memudahkan sebarang permohonan bantuan daripada MOTAC," katanya.
Beliau berkata usaha yang bakal dilaksanakan itu dijangka turut memberikan impak ekonomi yang positif kepada penduduk setempat seperti peluang pekerjaan sebagai pemandu pelancong dan mewujudkan peniaga kecil yang menjual produk keluaran tempatan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


