LABUAN: Hutan Simpan Kekal Kina Benuwa yang baru diwartakan di Labuan bakal menjadi pusat tumpuan ekopelancongan dan merangsang ekonomi tempatan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, transformasi itu juga bertujuan memelihara hutan paya bakau yang tidak ternilai di pulau itu, berpotensi meningkatkan sektor perikanan di sekitar tanah lembap.
"Transformasi Hutan Simpan Kekal Kina Benuwa sebagai lokasi ekopelancongan di Labuan ialah usaha kementerian untuk menjana pendapatan bagi ekonomi tempatan, selaras dengan aspirasi Perdana Menteri yang ingin memberikan perhatian khusus kepada Labuan.
"Kami berjaya mewartakan lebih 60 hektar hutan paya bakau Kina Benuwa sebagai hutan simpan kekal tahun lepas.
"Sifat utuh hutan paya bakau menyediakan asas kukuh untuk transformasinya menjadi kawasan ekopelancongan dan pemuliharaan, sekali gus akan menyumbang kepada ekonomi tempatan," katanya pada sidang media selepas melawat Hutan Simpan Kekal Kina Benuwa, di sini, pada Selasa.
Nik Nazmi berkata, rancangan sedang dibuat untuk menubuhkan sebuah pejabat di pulau ini bagi mentadbir dan mempromosikan hutan simpan kekal berkenaan.
"Langkah itu dilihat sebagai kaedah strategik untuk menguruskan tapak ekopelancongan baharu dengan cekap," katanya sambil menambah keluasan hutan simpan kekal di Wilayah Persekutuan kini meningkat kepada 152.901 hektar, berbanding 84.62 hektar sebelum ini.
Nik Nazmi turut menyatakan komitmen kementerian untuk menjalin kerjasama strategik dengan Perbadanan Labuan bagi pengurusan hutan simpan yang berkesan.
Pada 26 Julai tahun lepas, beliau berkata pewartaan itu merupakan komitmen kerajaan ke arah pemuliharaan dan pemeliharaan hutan paya bakau, selaras dengan Rancangan Fizikal Zon Pesisir Pantai Negara II, dan merupakan hutan simpan kekal pertama diwartakan di Labuan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Nik Nazmi (empat, kiri) meletakkan papan tanda Hutan Simpanan Kekal (HSK) - Amaran Dilarang Masuk sebagai simbolik Pelantar HSK ketika membuat lawatan kerja di Hutan Simpan Kina Benuwa. - Foto BERNAM
Program BUDI MADANI sumbang kestabilan bekalan makanan negara - Pakar
Hafizan berkata, bantuan tunai bulanan RM200 melalui program itu dapat mengurangkan kos operasi petani, pekebun dan penternak kecil.
Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan
Difahamkan, dua individu itu ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi pada Jumaat.
MDEC perkenal skim insentif cukai buat syarikat Digital Malaysia
Insentif itu dilihat memenuhi komitmen kerajaan di bawah Bajet 2024 untuk memperkenalkan insentif cukai berasaskan hasil.
Johari ketuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun
Menurut Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, lawatan rasmi itu atas undangan Speaker Dewan Perwakilan Jepun Fukushiro Nukaga.
Malaysia negara ASEAN pertama bangunkan Akaun Satelit Sukan - Hannah
Ia antara lain bertujuan menyediakan statistik dan set data melibatkan industri sukan yang komprehensif, menyeluruh dan holistik.
Polis Sepanyol rampas jersi tiruan, nilai melebihi RM30 juta
Semua jersi tersebut dijual menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Real Madrid dan Borussia Dortmund dan Kejohanan Eropah di Jerman bulan depan.
WHO cemas jumlah kes denggi yang tinggi
Bilangan kes denggi di seluruh dunia dilaporkan meningkat sejak lima tahun lalu, dengan situasi yang amat membimbangkan di benua Amerika tahun ini, menurut laporan baharu yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
Beberapa orang awam termasuk polis cedera diserang di Mannheim
Seorang lelaki cedera ditembak polis tempatan selepas mencederakan beberapa individu di dataran di bandar Mannheim barat daya Jerman, pada Jumaat.
Lebih 6,000 mangsa banjir diselamatkan di India
Taufan Emal yang melanda negeri Manipur, di timur laut India menyebabkan lebih 6,000 penduduk di sana terperangkap akibat banjir kilat.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Selepas sabitan bersalah, Trump adakan sidang media
Sehari selepas juri New York mensabitkan bekas Presiden Donald Trump bersalah atas 34 pertuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan, calon presiden Parti Republikan itu mengadakan sidang media di Menara Trump di Manhanttan.
Hutan Simpan Kekal Kina Benuwa bakal jadi hab ekopelancongan Labuan
Hutan Simpan Kekal Kina Benuwa yang baru diwartakan di Labuan bakal menjadi pusat tumpuan ekopelancongan dan merangsang ekonomi tempatan.