awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Pahang sedia kaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutang berkaitan Lebuhraya Dash perlu dijelaskan - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
18/10/2022
06:26 MYT
Hutang berkaitan Lebuhraya Dash perlu dijelaskan - Ismail Sabri
Lebuhraya DASH sepanjang 20.1 kilometer dengan 13 persimpangan keluar masuk dibuka mulai 12.01 tengah malam Jumaat lepas. - Sumber foto mydash.com.my
KUALA LUMPUR: Sebarang hutang berkaitan projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang dibuka baru-baru ini perlu dijelaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata Kementerian Kerja Raya perlu memberi penjelasan terperinci mengenainya dan bayaran kepada kontraktor perlu diselesaikan.
"Mesti ada sebab bayaran tersebut tidak dijelaskan, dan walaupun selepas projek tersebut siap, kita harus melihat sama ada ia memenuhi kepuasan kementerian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen sempena mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu dakwaan hutang yang belum dibayar kepada sebilangan subkontraktor projek DASH berjumlah lebih RM80 juta.
Perkara tersebut menyebabkan kalangan subkontraktor yang terlibat dengan projek berkenaan mengalami kesukaran.
Lebuhraya DASH sepanjang 20.1 kilometer dengan 13 persimpangan keluar masuk dibuka mulai 12.01 tengah malam Jumaat lepas.
13 persimpangan itu ialah Puncak Perdana, Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Subang Dua, Subang Airport, RRIM (Kwasa Damansara), Surian, Seksyen 5 Kota Damansara, Sunway Damansara, Damansara Perdana dan Penchala.
Ia menghubungkan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam
#lebuhraya dash
#Kementerian Kerja Raya
#Lebuhraya Koridor Guthrie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan