awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hyundai bawa konsep ‘Enduro’ ke Seoul

Astro Publication
Astro Publication
08/04/2015
14:43 MYT
Hyundai bawa konsep ‘Enduro’ ke Seoul
Pertindihan antara dua pameran kereta bukanlah suatu yang asing, dan pameran kereta Seoul serta pameran kereta New York yang berlangsung sekarang menjadikan industri ini lebih meriah. Nasib baik juga status kedua-dua acara ini sangat berbeza; pameran di New York lebih elit daripada yang di Korea Selatan.
Namun ini tidak bermakna tidak ada yang menarik di Seoul, apatah lagi bila mengambil kira bahawa bandaraya ini adalah tuan rumah kepada ibu pejabat global syarikat Hyundai. Antara yang akan dibongkar oleh gergasi automotif ini adalah konsep kenderaan utiliti ‘crossover’ urban Enduro. Diambil dari perkataan Inggeris ‘Endurance’ yang, antara lain, boleh diterjemahkan kepada ‘tahan lama’ telah digabung dengan penggayaan motorsikal rali. Konsep Enduro ini dikatakan jentera paling sesuai untuk mereka yang menetap di bandar dan menikmati gaya hidup aktif.
Gril heksagon di hadapan menerima interpretasi terkini Hyundai manakala fender hadapan disambungkan kepada gril ini menerusi bilah aero daripada aluminium.
Buat masa ini, gambar di dalamnya masih belum ditunjukkan, tetapi Hyundai menggambarkan papan pemukanya bagai tertumpu kepada kehendak pemandu. Stereng dikatakan mendapat ilham daripada hendal motorsikal. Entah macam manalah rupanya bila dilihat dengan lebih teliti. Tetapi yang paling menarik perhatian kami adalah ketinggian Enduro ini. Atau lebih tepat, betapa rendahnya paras bumbung konsep ini. Melainkan gadis di dalam gambar di atas memang tinggi orangnya!
Tak mengapa, kita tunggu sahaja gambar-gambar lain yang akan datang.
Topic Berkaitan
#
# konsep
#Hyundai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan