KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan pengeluaran berjumlah RM19.1 bilion melibatkan 4.57 juta pemohon i-Citra.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata sejumlah RM2.3 bilion telah diagihkan dalam tempoh tiga hari sejak 2 Ogos lalu.

“Sejumlah 551 permohonan telah ditolak disebabkan beberapa sebab seperti simpanan yang tidak mencukupi, melebihi usia 55 tahun dan lain-lain,” katanya dalam taklimat media berkenaan i-Citra hari ini.

Jumlah permohonan serta nilai pengeluaran i-Citra. - Foto KWSP

Jelasnya, dianggarkan pengeluaran sekitar RM700 juta dibuat setiap hari.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah pengeluaran permohonan yang masih tertangguh adalah sekitar RM0.2 bilion manakala nilai permohonan yang ditolak adalah RM2.16 juta.

“Dari segi pecahan melibatkan 4.6 juta pemohon, sekitar 3.7 juta memohon sekitar RM4,000 ke RM5,000.

“Sekitar 800,000 ke 900,000 ahli mempunyai simpnan kurang RM4,000 di dalam akaun mereka, dan jumlah yang layak dikeluarkan adalah bergantung kepada baki akaun mereka,” ujarnya.

Jumlah permohonan dan nilai pengeluaran i-Citra yang diluluskan. - Foto KWSP