awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Golden Prosperity Burger warnai Tahun Baharu 2026, McDonald’s Malaysia semarak semangat kebersamaan
TikTok perkenal GamePlan untuk peminat sukan
Pengguna iPhone 17 Pro lapor isu bunyi 'siulan' semasa mengecas

'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok

Bernama
Bernama
02/01/2026
10:45 MYT
'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok
Penutupan kedua-dua jalan itu akan berkuat kuasa sehingga 3 pagi pada 4 Jan (Ahad). - Foto FB DBKL
KUALA LUMPUR: Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang di sini akan ditutup bermula 8 pagi esok (Sabtu) bagi memberi laluan kepada penganjuran program projek inovasi pencahayaan ke arah kelestarian bandar 'I LITE U' di ibu kota.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan penutupan kedua-dua jalan itu akan berkuat kuasa sehingga 3 pagi pada 4 Jan (Ahad).
Kawasan Bukit Bintang dijangka menjadi tumpuan pada 3 Jan ini dengan penganjuran majlis pelancaran 'I LITE U' yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain dijangka dimeriahkan dengan kehadiran pemenang Anugerah Oscar Tan Sri Michelle Yeoh.
Festival itu melibatkan laluan utama sepanjang hampir satu kilometer di sekitar Bukit Bintang dan bertujuan menghidupkan suasana malam bandar dengan paparan pencahayaan memukau, sekali gus menyerlahkan keindahan landskap bandar menerusi penggunaan teknologi moden dan lestari selaras dengan agenda bandar rendah karbon.
Projek itu menampilkan rekaan lampu diod pemancar cahaya (LED) berkonsepkan lampu gantung, lampu bulan dan rekaan bertema dongeng yang menggunakan teknologi cekap tenaga dengan pemasangan lebih 70 lampu LED.
'I LITE U' adalah akronim kepada Infrastruktur, Lampu, Inovasi, Teknologi, mampan ke arah Urbanisasi.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Jalan Sultan Ismail
#Jalan Bukit Bintang
#jalan ditutup
#I Lite U
#Anwar Ibrahim
#Michelle Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.