Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami masalah pendengaran kini boleh menikmati pembelajaran al-Quran dan solat dalam suasana yang lebih menyeronokkan dan santai.
Jika sebelum ini pembelajaran mereka hanya menggunakan bahasa isyarat sahaja, namun kini ia ditambah nilai oleh sekumpulan penyelidik dan pelajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai dekat sini bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran kumpulan itu.
Bagi menarik perhatian dan membantu golongan itu, kumpulan daripada USIM membangunkan I-Sign QurANIS, satu perisian interaktif yang mengandungi asas-asas pembelajaran al-Quran dan ibadah.
Pensyarah Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Norakyairee Mohd Raus berkata objektif utama pembangunan perisian itu yang menelan belanja RM78,000 itu bagi memenuhi keperluan rohani golongan itu berdasarkan kemahiran, kekuatan dan perbezaan pembelajaran mereka.
“Tanggungjawab kita untuk memberi mereka ini asas ilmu berkaitan bagaimana untuk mereka membaca al-Quran dan memudahkan faham. Produk ini bertujuan untuk mengajar orang pekak membaca al-Quran.
“QurANIS adalah satu kurikulum yang dibangunkan oleh Fakulti Quran dan Sunnah untuk anak-anak OKU pekak untuk mendapat pendidikan yang sama seperti pendidikan di KAFA (Kelas al-Quran dan Fardu Ain) dan sekolah agama rakyat.
"Produk ini ada beberapa kandungan di dalamnya dan kita ada transliterasi Makhraj (merumikan teks arab) dan terjemahan di bawahnya yang mesra golongan itu,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Norakyairee berkata I-Sign QurANIS yang memaparkan dua segmen iaitu mengenai al-Quran dan asas-asas ibadah, dilengkapi dengan transliterasi rumi, bahasa isyarat dan terjemahan al-Quran untuk orang cacat pendengaran, yang dimainkan menerusi audiovisual.
“Orang pekak ini dikatakan bisu sebab biasanya orang pekak ini dia tidak pernah dengar perkataan sejak kecil… jadi tidak boleh nak menyebut atau menuturkan perkataan sebab itulah orang biasa sebut pekak bisu tetapi sebenarnya mereka ini ada kotak suara.
“Kita pergi ke sekolah agama pendidikan khas di Johor Bharu baru-baru ini dan Alhamdulillah bila kita tengok interaksi kanak-kanak apabila dia nampak perisian ini Masha Allah mereka suka sangat walaupun suara dia tidaklah sempurna sangat tapi dia cuba untuk menuturkannya,” katanya.
Produk I-Sign QurANIS yang dibangunkan USIM berjaya meraih pingat emas dalam Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2017 (ITEX) di Kuala Lumpur pada 11 Mei lepas, yang disertai lebih 1,000 penyelidik daripada 22 negara antaranya China, Jerman, Hong Kong, Indonesia, Iraq dan Vietnam.
Mengulas lanjut mengenai produk itu, Norakyairee berkata produk yang dibangunkan adalah hasil tinjauan ke atas badan-badan bukan kerajaan (NGO).
“Modul ini telah ditunjukkan kepada NGO dan Alhamdulillah apa yang kita buat adalah berdasarkan kepada keperluan mereka dan mereka juga bersama-sama memberi penilaian dan pengesahan bahawa isyarat yang kita tonjolkan dalam perisian itu betul atau tidak,” katanya.
Dalam pada itu, Norakyairee berkata produk yang memakan masa setahun setengah untuk dibangunkan buat masa terdekat ini akan dipasarkan kepada NGO yang memerlukan.
“Setakat ini di pasaran belum ada lagi produk seperti ini, fokus untuk OKU pekak. Saya menjangkakan harga pasaran bagi produk ini boleh mencecah RM100 untuk satu CD (cakera padat). Kita juga merancang sekiranya ada pihak yang berminat, produk ini boleh dipasarkan di negara lain.
“Kita hanya perlu tukar dari segi terjemahan bahasa dan bahasa isyarat sahaja. Setakat ini kita baru menghubungi pasaran Indonesia, Singapura dan Brunei,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2017
Norakyairee Mohd Raus menunjukkan perisian I-Sign QurANIS, satu perisian interaktif yang mengandungi asas-asas pembelajaran Al-Quran dan ibadah. --fotoBERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Dua juta rakyat Malaysia ada masalah pendengaran - Kajian
Dua juta rakyat Malaysia mengalami masalah pendengaran bukan sahaja terdiri daripada warga tua.