KUALA LUMPUR:Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi kriteria kelayakan bagi pengeluaran wang caruman menerusi program i-Sinar boleh mengemukakan permohonan bermula pertengahan bulan depan.
KWSP dalam satu kenyataan hari ini, berkata pembayaran pertama dijangka akan diterima sebulan selepas mendapat kelulusan.
Kenyataan itu juga menyebut, perincian mengenai pengeluaran wang caruman itu akan diumumkan pada awal minggu hadapan.
"Perincian itu akan merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji," kata kenyataan itu di sini, pada Khamis.
Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika penggulungan kementeriannya memaklumkan pengeluaran Akaun 1 KWSP akan diperluaskan kepada pencarum yang mengalami penurunan pendapatan pada tahun ini.
BACA: Belanjawan 2021: Skim i-Sinar diperluaskan kepada semua ahli KWSP - Tengku Zafrul
Katanya, pencarum yang berdepan dengan pemotongan gaji atau tidak dapat mencari pendapatan tambahan menerusi kerja lebih masa turut boleh memohon.
Pencarum yang sebelum ini boleh membuat pengeluaran sehingga RM9,000 pula dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak RM10,000.
Umavathi Ramayah
Thu Nov 26 2020

KWSP memaklumkan perincian mengenai pengeluaran wang caruman itu akan diumumkan pada awal minggu hadapan. - Gambar fail/Astro AWANI

Perhimpunan Agung UMNO | Ditangguhkan pada satu tarikh baru
Mengikut perancangan asal, Perhimpunan Agung UMNO dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Januari ini.

Minyak Masak | peningkatan harga sekitar 15 hingga 20 peratus
Tinjauan Astro AWANI di beberapa pasar raya di Johor mendapati berlaku peningkatan harga minyak masak botol lima kilogram antara 15 hingga 20 peratus sehingga ada yang mencecah RM27.

Larang Rentas Negeri | Laluan tikus di sempadan dua negeri digempur
Sepanjang dua jam wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad berada di Kg Golok, Pasir Puteh, Kelantan. Ini adalah jalan tikus untuk merentas ke Besut Terengganu. Sepanjang membuat tinjauan, didapati berlaku aktiviti rentas negeri dengan mudah sekali walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dilaksanakan di Kelantan. Itu antara situasi sebelum kehadiran polis ke kawasan berkenaan apabila, polis dari Pasukan Task Force IPD Pasir Puteh, tiba, tangkapan dan kompaun dilaksanakan kepada mereka yang ingkar. Untuk mengetahui perinciannya, terus bersama Muhafandi di lokasi.

Banjir | Beberapa daerah di Sabah dilanda banjir
Sabah masih mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, manakala keadaan di Pahang dan Sarawak kian pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semakin berkurangan. Untuk mengetahui perkembangan banjir di Sabah, kita bersama wakil Astro AWANI Sabah, Ruzaini Zulkepli.

Perhimpunan Agung UMNO ditangguh, pemilihan parti diteruskan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO akan ditentukan kemudian.

Lebih 500 individu daftar sebagai sukarelawan vaksinasi fasa percubaan di HUS
Lebih daripada 500 sukarelawan telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam percubaan vaksin COVID-19 di Sarawak.

Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara
Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua setengah tahun kerana didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.

Larang Rentas Negeri | Tinjauan Lorong tikus di Pasir Puteh
Sepanjang dua jam wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad berada di Kg Golok, Pasir Puteh, Kelantan. Sepanjang membuat tinjauan, didapati berlaku aktiviti rentas negeri dengan mudah sekali walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dilaksanakan di Kelantan.

Banjir | Terengganu dijangka tidak berdepan gelombang keenam
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan Terengganu ketika ini dalam tempoh 'bertenang' dan dijangka tidak akan berdepan gelombang banjir keenam.

Harga Sayur | Alami kenaikan mendadak
Harga sayur-sayuran di Kedah mengalami peningkatan yang mendadak sejak awal bulan ini.

Enam pasukan peroleh lesen penuh kelab kebangsaan
Enam pasukan Liga Malaysia yang diberi lesen kelab kebangsaan secara bersyarat berjaya memenuhi syarat memperoleh lesen kelab kebangsaan.

Bina bonggol: Jangan ambil tindakan sendiri - Lee Lam Thye
Penduduk setempat diminta supaya tidak mengambil tindakan sendiri termasuk membina bonggol bagi mengatasi masalah pergerakan kenderaan laju di kawasan perumahan mereka.

Lelaki bina 11 bonggol di atas jalan akhirnya mohon maaf
Nor Muhamad Roslam berkata dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan yang dipandu laju.

Penerima I-Sinar, bukan masa tukar telefon bimbit dan perabot - Pakar
Orang ramai dinasihatkan agar mengurus kewangan sebaik mungkin ketika pandemik COVID-19 mencatatkan penambahan kes di negara ini.

Mencari keseimbangan di antara ekonomi dan kesihatan awam
Ketika kes COVID-19 terus melonjak dengan drastik di negara ini, setiap orang berada dalam keadaan yang pasti berharapkan kepada suatu yang terbaik.

Pejabat KWSP Miri dipercayai dilempar 'molotov cocktail'
Menurut saksi kejadian, seorang suspek bermotosikal yang bertindak melempar bom buatan sendiri itu ke arah pejabat berkenaan.

KWSP lulus 2.5 juta permohonan untuk i-Sinar membabitkan RM19.62 bilion
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan 2.5 juta daripada 3.88 juta permohonan i-Sinar di bawah Kategori 1, melibatkan pengeluaran berjumlah RM19.62 bilion setakat 4 Jan 2021.

i-Sinar: "Buatlah macam i-Lestari, hapus semua syarat pengeluaran" - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak kerajaan menghapuskan semua syarat pengeluaran Skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan segera.

i-Sinar: Mudahkan saja, jangan risikokan rakyat dengan COVID-19 - Asyraf Wajdi
Tidak wajar mendedahkan rakyat kepada risiko COVID-19 hanya kerana bersesak ke cawangan KWSP untuk tujuan rayuan dan serahan dokumen.

Kerajaan sekarang tidak boleh digantung harap - Anwar
Kenyataan dibuat Menteri Kewangan melibatkan KWSP, moratorium dan HSR semasa penggulungan Belanjawan 2021 baru-baru ini sukar untuk dipercayai.