KUALA LUMPUR:Kerajaan hari ini bersetuju untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengeluaran tersebut akan memanfaat lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta sebelum ini.
Selain itu, Zafrul berkata kadar minimum pengeluaran turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000.
"Justeru setelah berbincang dengan KWSP pagi tadi, sukacita diumumkan program i-Sinar dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.
"Tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan, terkurang pendapatan mereka tahun ini, ahli tersebut layak untuk membuat pengeluaran dari akaun satu, tanpa mengira ahli tersebut pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak.
"Selagi mereka terjejas pendapatan dengan ketara, mereka boleh mengeluarkan simpanan daripada akaun satu KWSP.
"Daripada dua juta ahli yang layak sebelum ini, kita buka kepada lebih lapan juta ahli, tambahan pula setiap ahli dibenarkan mengeluarkan sehingga RM9,000, kini dibenarkan mengeluarkan sehingga RM10,000," katanya dalam sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.
Zafrul menambah ia membabitkan nilai peruntukan sebanyak RM70 bilion.
Justeru, semua ahli yang layak katanya boleh membuat permohonan di KWSP, dan mengemukakan dokumen bahawa mereka kehilangan atau terjejas pendapatan.
Dalam pada itu, Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa keputusan untuk memperluaskan skim i-Sinar tidak akan menjejaskan dividen atau pulangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Zafrul berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Nurul Izzah Anwar (PKR-Permatang Pauh) yang meminta penjelasan berhubung langkah kerajaan untuk memastikan kebajikan semua pencarum KWSP susulan keputusan kerajaan untuk memperluaskan skim i-Sinar.
"Jumlah aset di bawah pengurusan KWSP adalah berjumlah RM960 bilion, ketika ini. Di sini kita ada peruntukan analisis senario sensitiviti.
"Kita telah mempertimbangkan dengan terperinci sama ada mereka yang terjejas boleh atau tidak mengeluarkan wang dari Akaun 1.
"Daripada analisis kita, yang baru disiapkan pagi ini, ia tidak akan menjejaskan dividen atau pulangan keapda KWSP, sebalik ia dapat menolong ramai (ahli yang terjejas)," katanya lagi.
Hasimi Muhamad
Thu Nov 26 2020

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengeluaran tersebut akan memanfaat lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta sebelum ini.

Penubuhan JMB | Penduduk lega, gembira JMB akhirnya ditubuhkan
Bagi wakil penduduk, Ahmad Firdaus Arben, dia lega kerana perjuangan penduduk selama hampir dua tahun membuahkan hasil.

Sukan SEA Hanoi | Kontinjen negara capai sasaran 36 emas
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA Ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin. Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di pusat pertandingan sukan.

Kes Ahmad Zahid | Catatan "KJ", "bomoh" direkod dalam buku UKSB
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa catatan "KJ", dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku "faraid" Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

COVID-19 di Shanghai | Rakyat kembali penuhi kedai, jalanan seperti biasa
Lebih ramai penduduk Shanghai dilihat berada di luar dan memenuhi jalanan di bandar itu pada Jumaat ketika lebih banyak kelonggaran diberikan secara beransur-ansur. Di beberapa kawasan, orang ramai dilihat sudah mula dapat mengunjungi ke kedai dan menjalankan aktiviti petang seperti berjoging dan menunggang basikal.

Kebakaran di Manila | Penduduk selamatkan serpihan barangan yang tinggal
Ratusan penduduk di Manila cuba menyelamatkan serpihan rumah mereka yang musnah akibiat kebakaran dahsyat yang berlaku pada Khamis. Demi meneruskan kehidupan, para penduduk yang terkesan dilihat membawa kepingan logam dan besi untuk dijual pada harga 10 peso atau bersamaan 84 sen.

Pelan Pemulihan | Menteri Kesihatan Komanwel capai konsensus
Menteri Kesihatan dari negara-negara Komanwel sepakat untuk bekerjasama dalam beberapa isu utama berkaitan usaha pemulihan pasca COVID-19, termasuk dalam ekuiti vaksin, membina sistem kesihatan yang berdaya tahan dan memperkukuh keselamatan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi digital. Komitmen itu dibuat selepas mesyuarat tahunan peringkat tinggi maya selama dua hari yang berakhir pada Khamis.

Konflik Negara Luar | Malaysia perlu ambil iktibar - PM
Konflik Rusia-Ukraine serta kekejaman tentera rejim Israel di Palestin perlu dijadikan sebagai iktibar. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, krisis itu boleh menjejaskan keamanan di rantau terbabit dan ekonomi dunia jika tidak diselesaikan dengan segera.

Pemilihan PKR 2022 | Lebih 67,000 ahli undi dalam talian - JPP
Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi adil sejak 18 Mei hingga Jumaat. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk pengundian secara dalam talian yang diadakan khusus bagi ahli PKR yang berada di luar negara seperti di Singapura, Switzerland, Korea dan Amerika Syarikat.

PDRM siasat kenyataan Kit Siang didakwa gugat ketenteraman awam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung ciapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Rel Berkembar | Projek landasan elektrik Gemas-JB 85 peratus siap
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Construction (Rail Division), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, projek mega itu setakat ini memasuki peringkat akhir dan mengikut jadual serta dijangka siap akhir tahun depan.

Semakan status pengeluaran khas KWSP bermula 9 April
Pengeluaran khas KWSP telah mula dibuka pada 1 April lalu sehingga 30 April ini.

Apakah ada cara lain selain pengeluaran simpanan KWSP? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Pengumuman Perdana Menteri berhubung pengeluaran khas RM10,000 daripada simpanan KWSP mencetuskan reaksi berbeza.

Keputusan PM benar pengeluaran KWSP akhiri penantian, bawa khabar gembira
Pengeluaran itu dilihat dapat meringankan bebanan yang ditanggung serta digunakan bagi melengkapkan keperluan harian.

Ini pengeluaran khas terakhir - KWSP
KWSP sekali lagi menyuarakan kebimbangan mengenai tahap simpanan persaraan pencarum.

Butiran terperinci pengeluaran khas KWSP dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
KWSP akan jelaskan mengenai butiran terperinci mengenai pengeluaran khas RM10,000 seperti diumumkan oleh Perdana Menteri.

Kerajaan benarkan pengeluaran KWSP RM10,000 - PM
Kebenaran itu diberikan selepas kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak.

KWSP catat prestasi kukuh semasa pemulihan ekonomi, fokus terhadap bina semula simpanan ahli
KWSP isytihar dividen 6.10% untuk Simpanan Konvensional dan 5.65% Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM56.72 bilion.

Simpanan 2.6 juta pencarum KWSP kurang RM1,000 - KWSP
Ia menyaksikan RM100.9 bilion dikeluarkan daripada KWSP antara April 2020 dan Februari 2022.

KWSP dijangka umum dividen lebih baik untuk 2021
Menurut Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, KWSP dijangka mengumumkan dividen tinggi sekitar 5.2 hingga 6 peratus.

KWSP lihat ekosistem secara menyeluruh, perkasa pelaburan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melihat kepada ekosistem secara menyeluruh dalam memperkasakan pelaburan.