KUALA LUMPUR: Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selatan terhadap Israel.
Dalam satu kenyataan, Pengerusi IAIS Prof Maszlee Malik berkata keputusan bersejarah itu merupakan satu kejayaan besar bagi isu Palestin dan bukti peranan ICJ sebagai penjaga undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
"Institut menyanjung tinggi ICJ atas keberanian dan integritinya dalam menangani tuduhan serius genosid terhadap Israel, yang telah menindas rakyat Palestin selama beberapa dekad dengan penjajahan, pendudukan, dan keganasan," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata IAIS Malaysia kesal kerana ICJ tidak mengarahkan gencatan senjata penuh yang penting untuk menamatkan keganasan dan penderitaan di Gaza.
"Institut ini hairan mengapa mahkamah tidak mengambil langkah ini, memandangkan implikasinya terhadap situasi kemanusiaan dan penyelesaian konflik," kata Maszlee.
Dalam keputusannya pada Jumaat, ICJ mengarahkan Israel melaksanakan enam langkah sementara, termasuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Gaza, memastikan tenteranya tidak lagi melakukan sebarang tindakan genosid serta mencegah dan menghukum sebarang hasutan ke arah genosid.
Israel juga diarah membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza, menghalang pemusnahan dan memastikan pemeliharaan bukti yang berkaitan dengan dakwaan genosid dan mengemukakan laporan kepada ICJ mengenai semua langkah yang diambil dalam melaksanakan perintah berkenaan dalam tempoh sebulan.
Maszlee berkata IAIS Malaysia juga mendesak Mahkamah Dunia untuk membuat susulan dengan penghakiman penuh dan muktamad mengenai merit kes itu.
Beliau berkata institut itu menyeru ICJ untuk mengeluarkan keputusan muktamad dan komprehensif yang akan memastikan Israel bertanggungjawab atas jenayahnya dan memastikan keadilan dan pampasan bagi mangsa.
Selain itu, Maszlee berkata IAIS Malaysia menekankan keperluan untuk pelaksanaan dan penguatkuasaan keputusan ICJ yang bersifat mengikat undang-undang dan mandatori bagi semua pihak.
"Institut menyeru Israel untuk menghormati dan mematuhi arahan mahkamah dengan memberi amaran bahawa sebarang tindakan membantah atau menghalang akan membawa akibat serius terhadap kedudukan dan hubungannya di peringkat antarabangsa," katanya.
Institut juga mendesak masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyokong dan mengukuhkan keputusan ICJ dan untuk mengambil tindakan dan sekatan yang konkrit terhadap Israel bagi setiap ketidakpatuhan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
Maszlee berkata keputusan bersejarah itu merupakan satu kejayaan besar bagi isu Palestin dan bukti peranan ICJ sebagai penjaga undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. - Gambar fail/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (2 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis Australia tahan 13 individu selepas rampasan terbesar kokain
Polis Australia menangkap dan mendakwa 13 individu selepas rampasan kokain terbesar dalam sejarah negara itu.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Banjir | Industri Tenaga
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Cuaca | Kepengerusian ASEAN | Guru
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pascabanjir: Mangsa banjir di Kelantan mula bersihkan rumah, cuaca cerah
Keadaan banjir mula surut dan cuaca cerah sejak semalam memberi peluang kepada mangsa banjir di Tanah Merah, untuk pulang membersihkan rumah masing-masing.
Agenda AWANI: Banjir terburuk di Kelantan
Perkembangan terkini situasi banjir di negeri Kelantan bersama wartawan @501Awani @FirdausAzil dan @HasimiM dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia cabar sistem yang meminggirkan negara membangun
Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema keterangkuman dan kemampanan mewakili cabaran langsung kepada sistem yang meminggirkan negara membangun.
AWANI Tonight 2 Dec 2024
#AWANITonight with @fayekwan_
1. No need to postpone SPM during floods - MoE
2. Balancing online safety with transparency and freedom of expression
#AWANIEnglish #AWANINews
1. No need to postpone SPM during floods - MoE
2. Balancing online safety with transparency and freedom of expression
#AWANIEnglish #AWANINews
Banjir di Arena Kepayang: Polis tempatkan balai bergerak mudahkan penduduk buat laporan
Balai polis bergerak ditempatkan di Arena Kepayang Putra, Fair Park, bermula hari ini bertujuan memudahkan penduduk membuat laporan berkaitan banjir tanpa perlu hadir ke balai polis.
AWANI Tonight: ‘Brain rot’ Oxford word of the year 2024
The term “brain rot” has been announced as the Oxford Word of the Year for 2024, following a public vote on six shortlisted words that included “demure” and “dynamic pricing”.
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata
Kes Afrika Selatan di ICJ tegaskan komitmennya terhadap keadilan
IAIS mengiktiraf komitmen bersejarah Afrika Selatan dalam memerangi rejim apartheid, membuat persamaan dengan perjuangan menentang ketidakadilan di Semenanjung Gaza dan Palestin secara keseluruhan.