KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengumumkan bahawa permintaan perjalanan antarabangsa dan domestik menunjukkan momentum yang signifikan pada Julai 2021 berbanding bulan sebelumnya tetapi permintaan masih jauh di bawah tahap sebelum pandemik.
Sekatan perjalanan yang diterapkan oleh kerajaan di seluruh dunia terus merencatkan pemulihan di pasaran antarabangsa.
Jumlah permintaan untuk perjalanan udara pada Julai 2021 (diukur dalam pendapatan penumpang kilometer atau RPK) turun 53.1 peratus berbanding Julai 2019.
Ini adalah peningkatan yang ketara dari Jun ketika permintaan adalah 60 peratus di bawah tahap Jun 2019, kata IATA semalam.
Permintaan penumpang antarabangsa pada Julai adalah 73.6 peratus di bawah Julai 2019, lebih baik daripada penurunan 80.9 peratus yang dicatatkan pada Jun 2021 berbanding dua tahun lepas.
Semua rantau mencerminkan peningkatan dan syarikat penerbangan Amerika Utara merekodkan kemelesetan terkecil dalam RPK antarabangsa (data trafik dari Afrika bagi Julai tidak tersedia), kata IATA, yang mewakili sekitar 290 syarikat penerbangan yang merangkumi 82 peratus trafik udara global.
Jumlah permintaan domestik merosot 15.6 peratus daripada tahap sebelum krisis (Julai 2019), lebih baik daripada penurunan 22.1 peratus yang dicatat pada Jun lepas berbanding Jun 2019.
Rusia merekodkan keputusan terbaik untuk satu bulan lagi, dengan RPK menokok 28.9 peratus berbanding Julai 2019.
"Orang ramai akan melakukan perjalanan ke mana sahaja yang boleh, oleh itu ia menjadi faktor utama dalam domestik.
"Pemulihan perjalanan antarabangsa memerlukan kerajaan untuk membuka semula sekatan melakukan perjalanan.
"Paling kurang pun, individu yang diberi vaksin tidak sepatutnya menanggung sekatan ini.
"Perjalanan untuk menghubungkan kembali dunia dan menghidupkan semula sektor pelancongan masih lagi panjang ," kata Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021

Sekatan perjalanan yang diterapkan oleh kerajaan di seluruh dunia terus merencatkan pemulihan di pasaran antarabangsa. - Gambar fail REUTERS

HFMD: Premis jagaan kanak-kanak di Melaka dengan lebih empat kes akan ditutup
Pengusaha premis berkenaan diminta segera melaporkan perkara tersebut kepada JKNM bagi tindakan kawalan dan pencegahan wabak.

AWANI Ringkas: Kediaman bertanah jadi pilihan di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MDEC buka permohonan Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR
MDEC buka permohonan untuk Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR edisi 2022 | Dagang News
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967781/thumbnails/30824897611653009649103_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Nursyazwani Saiful Sham.

Lagu bernada tinggi, peminat juga perlu memahami - Ziana Zain
Ziana Zain percaya setiap penyanyi akan memberikan persembahan terbaik setiap kali di pentas, dengan kemampuan yang dimiliki.

AWANI Pagi: Sambutan Hari Bomba Sedunia 2022
Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Hakikatnya kini tugas pasukan bomba bukan sekadar memadam kebakaran. Ikuti perbincangan bersama KP JBPM dalam Awani Pagi

Mansuh AP tidak selesai isu kos makanan - Sim Tze Tzin
Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan lima jenis makanan.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

Aliran trafik penumpang udara terus pulih pada Mac 2022 - IATA
Perjalanan udara terus mencatat pemulihan dengan aliran trafik penumpangnya melonjak 76.0 peratus pada Mac 2022 berbanding tempoh sama tahun lepas.

Krisis Rusia-Ukraine, Omicron terus beri kesan terhadap kargo udara - IATA
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata kapasiti kargo udara berada pada 1.2 peratus di atas paras Mac 2021.

Pemulihan perjalanan udara cepat, pertumbuhan kargo udara berterusan pada Feb
Impak berkaitan Omicron menjadi sederhana di luar Asia manakala perang di Ukraine tidak memberi kesan besar kepada tahap trafik.

Ujian, kuarantin jadi halangan utama lakukan perjalanan - IATA
Kaji selidik berulang terhadap penumpang semasa pandemik mendedahkan bahawa ujian dan langkah kuarantin menjadi halangan utama untuk melakukan perjalanan.

IATA: Permintaan perjalanan udara Januari 2022 meningkat 82.3 peratus meskipun penularan Omicron
Jumlah permintaan untuk perjalanan udara pada Januari 2022 meningkat 82.3 peratus tahun ke tahun namun jatuh 4.9 peratus berbanding Disember 2021, kata IATA.

IATA sambut baik pembukaan semula sempadan Malaysia
IATA mewakili kira-kira 290 syarikat penerbangan yang menyumbang 83 peratus daripada trafik udara global.

Jumlah penumpang udara akan pulih pada 2024 - IATA
IATA menjangkakan keseluruhan jumlah pelancong akan mencapai 4 bilion pada 2024.

Kargo udara dunia catat pertumbuhan perlahan 3.7 peratus pada Nov 2021
Ia jauh lebih rendah daripada pertumbuhan 8.2 peratus yang dilihat pada Oktober 2021 dan pada bulan-bulan sebelumnya.

Pemulihan perjalanan udara berterusan pada Oktober tetapi larangan perjalanan boleh jejaskannya - IATA
Pemulihan perjalanan udara berterusan pada Oktober 2021 dengan peningkatan menyeluruh dalam pasaran domestik dan antarabangsa tetapi penguatkuasaan larangan perjalanan boleh menjejaskannya.

Permintaan perjalanan udara global merosot 53 peratus pada September 2021 berbanding bulan sama 2019 - IATA
Prestasi pada September merupakan perkembangan yang positif tetapi pemulihan dalam trafik antarabangsa masih terjejas.