IATA syor langkah alternatif kuarantin, tumpu perlindungan berperingkat

Bernama
Jun 24, 2020 23:18 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif IATA Alexandre de Juniac berkata tindakan mengenakan langkah kuarantin bagi mereka yang tiba, hanya menjadikan sektor pelancongan dan pengembaraan di negara terbabit terus disekat.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa semua kerajaan untuk mengelak langkah-langkah kuarantin apabila bertindak membuka semula ekonomi masing-masing.
Sebaliknya, Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IATA Alexandre de Juniac berkata IATA menggalakkan pelaksanaan pendekatan berperingkat bagi mengurangkan risiko import COVID-19 menerusi perjalanan udara selain bagi mengurangkan kemungkinan penularan kes membabitkan penumpang yang tidak menyedari telah dijangkiti virus itu.
Beliau berkata tindakan mengenakan langkah kuarantin bagi mereka yang tiba, hanya menjadikan negara terbabit disisih manakala sektor pelancongan dan pengembaraan terus disekat.
"Mujurlah terdapat dasar alternatif yang boleh mengurangkan risiko import jangkitan COVID-19 selain membolehkan sektor pengembaraan dan pelancongan ini dihidupkan semula serta penting bagi meningkatkan kembali ekonomi negara terbabit.
"Kami dalam peringkat mengemukakan satu rangka kerja dengan perlindungan berperingkat bagi mengelak mereka yang sakit melakukan perjalanan udara serta mengurangkan risiko penyebaran apabila individu itu hanya menyedari dijangkiti apabila tiba di destinasi," katanya.
-- BERNAMA
#Alexandre de Juniac #COVID-19 #ekonomi #IATA #import #jangkitan #kerajaan #kes import #kuarantin #negara disisih #pelancongan #pembukaan semula ekonomi #pengangkutan udara #pengembaraan #perjalanan udara #risiko