awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu Ahmad Maslan meninggal dunia

Bernama
Bernama
23/04/2018
11:13 MYT
Ibu Ahmad Maslan meninggal dunia
Difahamkan, Ahmad menerima berita sedih itu ketika dalam perjalanan ke hospital itu selepas menghadiri majlis pengumuman Calon-Calon BN Johor bagi PRU14 di Johor Bahru, siang tadi. - Astro AWANI/Fail
Ibu kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Ahmad Maslan, Aminah Sabran, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada kira-kira 2.30 petang ini akibat sakit tua.
Allahyarham berusia 82 tahun.
Menurut Pegawai Media menteri itu, Amran Zakaria, Ahmad menerima berita sedih itu ketika dalam perjalanan ke hospital itu selepas menghadiri majlis pengumuman Calon-Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini, hari ini.
"Datuk Seri sebelum ini setiap hari berulang alik ke hospital untuk menemani ibunya," kata ketika dihubungi Bernama.
Ahmad, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik yang juga pengerusi Biro Teknologi Maklumat UMNO, melalui akaun Twitternya turut memaklumkan jenazah allahyarham ibunya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Lubok Sipat, Pontian selepas solat Isyak malam ini.
Allahyarham meninggalkan lima orang anak dan 15 orang cucu. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Aminah Sabran
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan