IPOH: Seorang ibu mendakwa sebuah tadika swasta di sini cuai dan gagal memantau anak lelakinya yang berusia 4 tahun sehingga terjatuh ke dalam kolam renang bersebelahan premis berkenaan sehingga menyebabkan kematian anak tunggalnya itu, hari ini.
D Nilaveni, 40, yang juga seorang peniaga berkata pihak taska juga sehingga hari ini gagal menjelaskan sebab sebenar anaknya V Thanes Nair ditemukan tidak sedarkan di dalam kolam renang dewasa pada 17 April lepas.
"Hanya setelah anak saya berada di Klinik Kesihatan Chemor baru saya dihubungi dan diberitahu anak saya terjatuh, tetapi pada mulanya tidak diberitahu anak saya sebenarnya jatuh di dalam kolam renang," katanya kepada media ketika ditemui hari ini dan turut mendakwa tidak mengetahui bersebelahan premis itu ada kolam renang.
Menceritakan kejadian yang juga di hari pertama anaknya mengikuti kelas percubaan di tadika itu, Nilaveni berkata anaknya kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) namun didakwa telah berada dalam kedaaan kritikal.
Anaknya meninggal dunia pada 10.30 pagi tadi setelah enam hari bertarung nyawa di HRPB.
"Saya berasa sangat kecewa kerana anak saya tidak dihantar dengan ambulans dengan kadar segera untuk mendapat rawatan dan pihak taska gagal memantau dan menjaga anak saya yang hanya berusia 4 tahun ketika berada dalam premis itu, bagaimana anak saya yang sepatutnya dipantau boleh pergi ke kawasan kolam renang itu," dakwanya.
Thanes Nair merupakan anak tunggal Nilaveni hasil perkahwinannya dengan V Vijay, 43, selepas enam tahun berkongsi hidup.
Nilaveni berkata dia dan suami telah membuat laporan polis sehari selepas kejadian.
"Saya tidak mahu kanak-kanak lain menerima nasib yang sama seperti anak saya. Justeru saya mahu pihak berkuasa menyiasat apakah sebenarnya yang terjadi kepada anak saya pada hari kejadian," katanya.
Sementara itu, Jurucakap Polis Daerah Ipoh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.
Sementara itu, Kinder Labz dalam satu kenyataan hari ini berkata pihak pengurusan dan kakitangan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan telah memberikan keterangan serta memberikan semua bukti yang ada termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan.
"Kami boleh sahkan bahawa Thanes menghadiri kelas percubaan di sekolah kami apabila tragedi itu berlaku kira-kira pukul 10 pagi pada hari kejadian," katanya.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam satu kenyataan berkata laporan polis telah dibuat oleh guru besar taska berkenaan di Balai Polis Chemor pada 18 April lepas.
Hasil siasatan awal katanya mangsa didapati merupakan seorang kanak-kanak autisme yang terlalu aktif dan suka memanjat.
"Menurut pihak taska, ibu mangsa tidak menyertakan sebarang surat yang menyatakan mangsa ialah seorang kanak-kanak autisme. Walau bagaimanapun, pengadu bersetuju memberi peluang kepada ibu mangsa untuk menempatkan mangsa sebagai murid percubaan dalam tempoh dua jam," katanya.
Yahaya berkata menurut laporan pengadu, mangsa telah berada di dalam kolam renang orang dewasa setelah didakwa menghilangkan diri dan pengadu telah meminta pertolongan daripada tenaga pengajar lain memberi bantuan CPR kepada mangsa seterusnya dihantar ke hospital untuk rawatan susulan.
"Pada 18 April, pembedahan telah dilakukan ke atas mangsa di HRPB dan menerima rawatan susulan di HRPB, pada pagi ini polis telah terima maklumat kematian mangsa daripada pihak hospital.
Punca kematian adalah mati otak disebabkan lemas dan kegagalan fungsi organ."
Yahaya berkata setakat ini kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2023
Ibu mangsa, D Nilaveni, berkata dia dan suami telah membuat laporan polis sehari selepas kejadian. - Gambar hiasan/PDRM
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Harimau Malaya 'tempang' harungi aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Skuad kebangsaan bakal mengharungi baki dua perlawanan terakhir kumpulan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tanpa lima tonggak utama yang terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir.
Pesawat SIA alami penurunan ketinggian mendadak
Kementerian itu menambah, pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan, 21 Mei, pesawat itu sedang melepasi selatan Myanmar pada ketinggian 37,000 kaki dan kemungkinan terbang di kawasan yang sedang berlaku aktiviti perolakan.
Korea Utara hantar lebih 200 belon sampah ke Korea Selatan
Tentera Korea Selatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon putih dan beg plastik yang melekat padanya kerana ia mengandungi sisa kotor dan sampah.
28 maut, lebih 20 cedera bas jatuh gaung di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam kemalangan bas di daerah Washuk, wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.
Tun M persoal kenapa penuntut di Malaysia tak suara bantahan
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melahirkan rasa kagum melihat mahasiswa dan mahasiswi universiti di Amerika dan Eropah berdemonstrasi menyokong Palestin dan mengutuk Israel.
IFRC tuntut penyelesaian politik, gencatan senjata
Kate Forbes menegaskan, peperangan yang hampir memasuki lapan bulan perlu dihentikan bagi membolehkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Jemaah kirim kurma, jubah hingga 40kg melalui Pos Laju di tanah suci
Lembaga Tabungn Haji (TH) memudahkan urusan jemaah haji Malaysia untuk mengirimkan brangan seperti kurma, jubah, sejadah dan cenderahati dari Tanah Suci melalui khidmat ditawarkan Pos Malaysia Bhd melalui perkhidmatan kuriernya, Pos Laju di Mekah dan Madinah.
Kerajaan Perpaduan belum mesyuarat pilih calon
Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan setakat ini belum mengadakan mesyuarat berhubung pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
DBKL akan sediakan empat kontraktor di setiap kawasan Parlimen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menydiakan empat kontraktor bagi setiap kawasan Parlimen untuk kerja-kerja penyelenggaraan pokok di ibu negara.
Polis Melaka tahan 17 individu disyaki curi kabel sejak setahun lepas
Polis Melaka menahan sekumpulan 17 individu selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) di sekitar negeri itu sejak setahun lepas.
Dakwa UiTM amal 'aparteid': Pemuda UMNO gerakkan ahli lapor polis terhadap Andrew Sia
Akmal menegaskan, ahli UMNO di seluruh negara juga akan digerakkan untuk membuat laporan sama supaya tindakan dapat diambil.
Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi
Saksi memberitahu bahawa dia membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan pendakwah itu supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis
Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian.
Polis buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak di Genting Highlands
Polis terima satu laporan polis berhubung satu klip video yang tular di media sosial memaparkan aktiviti memasak di stesen minyak terbabit.
Polis kesan wanita, dua anak lari dari rumah perlindungan
Polis sedang mengesan seorang wanita berusia 25 tahun dan dua anaknya yang dilaporkan hilang dari sebuah rumah perlindungan di Selangor Jumaat lepas (10 Mei).
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
Laporan polis NUBE: Steven Sim sedia beri keterangan, kerjasama penuh
Steven akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis susulan laporan polis dibuat NUBE terhadap dirinya berhubung dakwaan salah guna kuasa.