KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menceritakan memori usia mudanya yang didorong oleh ibu bapa untuk membaca dan melawat kawasan-kawasan miskin di kejiranannya.
"Ibu bapa saya itu sangat mendorong untuk membaca. Ayah saya lebih kepada Bahasa Inggeris. Ibu saya lebih kepada Bahasa Malaysia. Mereka sering galakkan saya bergiat aktif dalam kegiatan sosial dan masyarakat.
"Walaupun kami kelas menengah. Ibu bapa saya memang orang kuat UMNO dulu dan pernah jadi ahli Parlimen, tetapi sentiasa bawa saya ke kawasan-kawasan miskin. Jadi keprihatinan kita kukuhkan dari awal. Alhamdulillah, latihan agama juga kuat," katanya dalam program Temu Anwar di sini, hari ini.
Anwar juga berkongsi cerita zaman persekolahannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Beliau tekankan mengenai didikan saling menghormati yang ditonjolkan oleh guru-guru ketika itu.
"Kemudian saya ke Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Disiplinnya teguh, guru-gurunya luar biasa. Sebab itu bila orang berbicara soal kaum, walaupun saya kuat Melayunya, saya perjuangkan bahasa, bangga dengan budaya, tapi saya tiada sentimen benci bangsa lain.
"Walaupun Kolej Melayu, (murid-murid) Melayu semua tetapi guru yang berjasa kepada kita dan kasih kepada anak-anak. Tidak menunjukkan mereka prasangka terhadap anak-anak Melayu. Ini semua mempengaruhi watak kita," katanya lagi.
Bercakap di hadapan sekitar 8,000 peserta dalam dialog anak muda di ibu negara, Anwar berkata perjuangan yang beliau bawa jelas untuk menjadi Malaysia lebih baik. Namun, episod-episod sukar dalam perjuangan itu bukan suatu yang mudah dilalui.
"Bagaimana kita boleh berdegil dan bertahan itu tidak mudah. Kalau saudara kumpul, saya dipenjara hampir 11 tahun dan penjara ini neraka dunia, jadi tidak mudah. Tapi saya keras dan degil menyatakan saya nak ubah sistem.
"Cita-cita (saya) mahu jadikan Malaysia ini hebat dan manusiawi. Jadi saya tekun amal, cuba hafal Quran dan baca sebanyak mungkin buku yang dapat. Walaupun di peringkat awal, tidak diizinkan buku masuk dalam lokap saya. Tetapi selepas beberapa tahun bosan melarang-larang, akhirnya diizinkan.
"Dan teman-teman dari seluruh dunia hanya mengirim buku. Kalau buku terbitan paling baharu dari India, Indonesia, Amerika Syarikat, dan United Kingdom dikirim kepada saya. Jadi sebab itu, bila saya keluar daripada penjara 2004, saya diminta jadi felo di Universiti Oxford dan kemudian Profesor di Universiti Georgetown. Bagaimana mampu kuat, sukar dijawab. Yang penting doa ke hadrat Allah," katanya lagi.
Anwar tegaskan, yang utama bukan apa yang berlaku terdahulu, katanya itu ialah pengalaman. Lebih daripada itu yang penting adalah soal menterjemahkan cita-cita itu dalam tindakan dan amal dalam negara Malaysia.
Irfan Faruqi
Sun Mar 19 2023

Bcerita tentang zaman persekolahannya, Anwar menekankan mengenai didikan saling menghormati yang ditonjolkan oleh guru-gurunya. - Bernama

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

Syarikat China setuju ambil pekerja tempatan untuk projek di Malaysia
Langkah tersebut adalah satu pembaharuan yang dipersetujui hasil sesi pertemuan dan dialog dengan lebih 50 syarikat utama di China.

Kritik lawatan gagal, PM Anwar minta individu buka 'tempurung'
Perdana Menteri berkata, pihak berkenaan perlu keluar daripada 'ruang sempit' untuk mendapatkan pandangan yang lebih luas.

China harapkan sokongan dasar untuk pelaburannya ke Malaysia - Presiden Xi Jinping
Pemimpin China itu menyuarakan perkara berkenaan ketika bertemu Anwar Ibrahim dalam acara bersejarah di Great Hall of the People di Beijing pada Jumaat.

PM Anwar bertemu Premier China Li Qiang, terima sambutan rasmi
Ini kunjungan pertama kali Perdana Menteri ke atas Qiang selepas menerajui Kerajaan Perpaduan sejak November tahun lalu.

Presiden China bincang mengenai 'kemerdekaan' Asia dengan PM Malaysia, Singapura
Beijing dan Kuala Lumpur akan meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada 2024.

MoU protokol pertama dimeterai, bolehkan fasa kedua kerjasama ekonomi, perdagangan
Anwar Ibrahim berkata, perjanjian berkenaan akan dimeterai dalam pertemuan beliau bersama rakan sejawatnya Li Qiang pada petang ini.

Kerajaan optimis industri perniagaan di landasan tepat - PM Anwar
Anwar juga menzahirkan hasrat untuk meneruskan iltizam menjadikan Malaysia sebagai 'Harimau Asia' hasil peluang perdagangan yang kukuh di antara Malaysia dan China.

Tertinggi dalam sejarah, Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bil dari China
Ia adalah hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China sebentar tadi.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.