Ramai ibu bapa di Selangor kecewa kerana tidak lagi dibenar mendaftar anak-anak ke tahun satu sekolah rendah kerajaan di Selangor secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Murid Tahun Satu Online (Esppsel) mulai tahun depan.
Sistem pendaftaran Esppsel yang diperkenalkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor tahun lalu akan hanya boleh digunakan bagi kali terakhir pada tahun ini untuk pendaftaran sesi persekolahan tahun 2016 sahaja.
Antara aduan yang diterima daripada ibu bapa adalah mereka tidak dimaklumkan sebab Esppsel dihentikan untuk pendaftaran sesi persekolahan 2017.
Seorang ibu, Khong Shiau Ling berkata mereka faham jika ada pembaharuan sistem, namun tidak dapat menerima apabila ibu bapa tidak diberitahu masalah sebenarnya yang berlaku, apa perlu mereka lakukan, dan kepada siapa harus mereka mengadu tentang masalah ini.
Sementara itu, Alonso May Gerrard yang juga gagal mendaftarkan anaknya, berkata perkara ini amat mengelirukan dengan pelbagai maklumat yang disebarkan dalam media sosial.
Katanya jika kembali kepada sistem pendaftaran manual, ia berdasarkan siapa cepat dia dapat dan ini tidak adil bagi ibu bapa yang bekerja sepenuh masa dan tidak dapat mengambil cuti untuk mendaftarkan anak mereka lebih awal.
Alonso May juga berharap pihak berkuasa akan membuat pengumuman tentang perkara ini dan menyelesaikan masalah yang timbul.
Bernama yang menghubungi Pegawai Meja Pengurusan Murid JPN Selangor, Othman Mohamad dimaklumkan bahawa Esppsel hanya membolehkan mereka yang memilih untuk mendaftar sekolah di Selangor dan Putrajaya sahaja.
"Tahun ini, buat masa sekarang, hanya Selangor sahaja manakala pendaftaran murid di Putrajaya ditangguhkan (untuk dalam talian)," katanya.
Menurutnya Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Kementerian Pendidikan memberi kebenaran kepada JPN Selangor menggunakan sistem Esppsel untuk kali terakhir tahun ini.
"Mulai tahun depan, Jabatan Pendidikan di semua negeri akan menggunakan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang akan membolehkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka secara dalam talian," katanya.
Othman berkata bagi mengelakkan pendaftaran bertindih, JPN Selangor hanya membenarkan pendaftaran kemasukan ke tahun satu sesi 2016 melalui sistem sedia ada.
Melalui APDM ibu bapa tidak boleh mendaftar secara dalam talian di rumah tetapi mereka perlu hadir di sekolah untuk membuat pendaftaran secara dalam talian itu.
Tahun lepas, Esppsel membuka permohonan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2008 dan 2009 untuk mendaftarkan anak mereka bagi sesi persekolahan tahun 2015 dan 2016.
Bernama
Thu Mar 05 2015
Ramai ibu bapa di Selangor kecewa kerana tidak lagi dibenar mendaftar anak-anak ke tahun satu sekolah rendah kerajaan melalui Esppsel. - Gambar Hiasan
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Ibu bapa kecewa gagal daftar anak melalui Esppsel
Ramai ibu bapa di Selangor kecewa kerana tidak lagi dibenar mendaftar anak-anak ke tahun satu sekolah rendah kerajaan di Selangor secara dalam talian melalui Esppsel mulai tahun depan.