Ibu bapa pelajar di sebuah sekolah di Sungai Buloh terus melahirkan rasa tidak puas hati terhadap insiden yang menimpa anak mereka.
Mereka yang ditemui di luar kawasan sekolah pada Selasa mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang dikatakan mengarah pelajar untuk makan di bilik persalinan.
Malah mereka meminta pihak sekolah segera menutup bilik persalinan tersebut.
Pelajar yang ditemui menceritakan pengalaman mereka menyaksikan rakan-rakan makan di bilik tersebut.
Hari ini, murid-murid bukan Islam Sekolah Kebangsaan Seri Pristana dilaporkan disuruh makan dan minum di bilik persalinan pada waktu rehat.
Isu itu timbul setelah gambar insiden tersebut disebarkan menerusi laman media sosial, Facebook oleh salah seorang ibu bapa pelajar sekolah tersebut.
Sebelum itu, dakwaan yang mengatakan pelajar-pelajar itu telah ditempatkan di dalam tandas juga telah membangkitkan rasa tidak puas hati ibu bapa.
Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat isu itu.
Turut mengeluarkan rasa tidak puas hati ialah Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan.
Beliau, melalui laman twitternya telah berkata meskipun bilik persalinan itu dikatakan 'bersih', ia masih tidak sesuai untuk dijadikan tempat makan.
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.
Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Tue Jul 23 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Keracunan makanan: Kantin SK Chepor diarah tutup dua minggu
Arahan itu dikeluarkan apabila pemeriksaan semalam mendapati penilaian premis makanan berasaskan risiko adalah tidak memuaskan.
Harga makanan di kantin sekolah tidak akan naik - KPM
Fadhlina menjelaskan, harga makanan di kantin sekolah adalah berdasarkan garis panduan dan perjanjian antara pengusaha dan pihak sekolah.
Lelaki didakwa guna kedudukan lantik anak saudara dapatkan tender kantin
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan pada 11 Nov 2015.
KPM setuju beri lanjutan pengecualian bayaran sewa hingga 31 Disember
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju melanjutkan peengecualian bayaran sewa kantin selama enam bulan bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2022.
KPM lanjut pengecualian sewaan kantin - Radzi
KPM membuat keputusan untuk memberi pengecualian sewaan selama enam bulan termasuk premis-premis yang berada dalam sekitar sekolah.
Ingkar SOP: 16 pemilik kilang di Kedah dikompaun RM10,000 setiap satu
Operasi pada Jumaat membabitkan pemeriksaan ke atas 299 kilang dan 60 pekerja warga asing.
Maahad tahfiz di Perak dibenar beroperasi 1 Mac
Keputusan dibuat setelah baginda menerima sembah nasihat daripada Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Perak.
Tiga individu mengaku tidak bersalah kes suapan, dokumen palsu
Mohammad Endra Abd Sarakal dan isterinya Barmah Wati Hassan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, selepas kesemua pertuduhan dibacakan.
Sedia untuk hantar anak ke sekolah, ini yang ibu bapa perlu lakukan
Selain peranan sekolah dan guru, penglibatan ibu bapa dan penjaga juga turut digariskan supaya mereka boleh turut membantu pihak sekolah.
Kantin terbakar, dua pekerja rentung
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Bintulu menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 9.05 malam.