SHAH ALAM: Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) membenarkan sama ada ibu, bapa atau penjaga untuk menemani remaja yang mendapatkan vaksin sehingga ke stesen vaksinasi untuk melihat sendiri proses yang diberikan bermula hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, seorang sahaja dibenarkan bagi stesen saringan suhu dan gejala, pendaftaran vaksinasi, kebenaran ibu bapa atau penjaga dan konsultasi serta pemberian vaksin.
Tambahnya, mereka diminta untuk menunggu di luar setelah selesai proses vaksinasi untuk memastikan kerusi yang disediakan di kawasan pemerhati mencukupi untuk remaja yang telah divaksinasi duduk dan diawasi.
“Selepas tamat tempoh pemerhatian antara 15 hingga 30 minit, remaja akan dikembalikan kepada jagaan ibu bapa atau penjaga,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau berkata, individu yang menemani juga dibenarkan untuk merakam video suntikan ke atas remaja ketika proses vaksinasi dijalankan.
Menurut beliau, seperti amalan prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini, petugas kesihatan (penyuntik) perlu menunjukkan picagari vaksin yang diisi dengan sempurna kepada penerima.
“Semua petugas kesihatan dan dan sukarelawan yang terlibat diingatkan untuk menjalankan tugasan dengan penuh teliti dan bertanggungjawab,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi berkata, pihak CITF-A meneliti laporan yang diterima berkenaan insiden seorang remaja 12 tahun disuntik picagari kosong.
Susulan kejadian tersebut, petugas tersebut telah diberhentikan daripada tugas pemberian vaksin di pusat pemberian vaksin Universiti Malaya (PPVUM) berkuat kuasa serta merta.
“Kerajaan memandang serius insiden seperti ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan proses vaksinasi ini dilakukan dengan selamat dan sempurna.
“Keselamatan dan kesejahteraan penerima vaksin adalah menjadi keutamaan kami dan semua pengamal perubatan akan terus dipantau untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” jelasnya.
Pada masa sama, Dr Noor Azmi berkata, kerajaan berterima kasih kepada semua petugas kesihatan dan sukarelawan yang telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan program vaksinasi selama ini.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 02 2021
CITF-A membenarkan sama ada ibu, bapa atau penjaga untuk menemani remaja yang mendapatkan vaksin sehingga ke stesen vaksinasi untuk melihat sendiri proses yang diberikan bermula hari ini. -Gambar fail
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.
Vaksin kanser ovari sedang dibangunkan Universiti Oxford
Vaksin OvarianVax dibangunkan oleh pasukan yang diketuai Prof Ahmed Ahmed daripada Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall Universiti Oxford.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.