awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu, bapa saudara kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 30 ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/06/2025
11:34 MYT
Ibu, bapa saudara kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 30 ditahan
Aidil Bolhassan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki berlaku unsur pengabaian terhadap kanak-kanak. - Foto fail/Foto FB Polis Cheras
KUALA LUMPUR: Polis menahan ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di Jalan Jalil Impian 1, Bukit Jalil, di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, turut ditahan adik lelaki wanita itu yang merupakan bapa saudara mangsa dan kedua-dua mereka direman satu hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Beliau memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki berlaku unsur pengabaian terhadap kanak-kanak.
"Seksyen ini memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Aidil berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz mendapati mangsa meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan serius selepas terjatuh dari kawasan tinggi.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan bagaimana kejadian itu boleh berlaku.
Polis menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu menerusi talian MERS 999 pada jam 11.17 pagi, pada Khamis.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#Kanak-kanak terjatuh
#pengabaian
#Akta Kanak-kanak 2001
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan