MENJALANI rutin kerja yang sibuk dan dipuja sebagai penghibur tidak pernah membuat penyanyi tersohor Indonesia, Rossa melupakan asal usul dan keluarganya.
Apa lagi untuk tidak pulang menyambut Lebaran. Kata Rossa, sesibuk mana pun dirinya memenuhi undangan nyanyian, beliau tidak akan mengambil tawaran kerja pada Aidilfitri pertama, sementelah usia kedua ibu bapanya juga sudah semakin menua.
“Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya saya menyambut Lebaran di kampung halaman di Sumedang bersama ibu bapa, adik-beradik dan saudara mara.
“Biasanya sambutan Lebaran kami sederhana saja, berkumpul, menziarah kubur dan menikmati hidangan tradisional.
“Tapi untuk saya yang jarang pulang kerana hambatan pekerjaan, buat masa sekarang saya akan pastikan akan selalu menziarah ibu dan bapa di kampung.
“Saya mahu menghabiskan masa dan sangat menghargai setiap momen bersama ibu dan bapa saya yang sudah semakin berusia.
“Masa tidak boleh dihentikan dan tidak boleh berpatah balik, jadi saya tidak mahu sampai menyesal. Saya mahu kerap bersama ibu dan bapa,” kata Rossa sewaktu ditemui media Malaysia sempena pelancaran single berjudul Khanti, baru-baru ini.
Rossa juga memaklumkan, seperti kebiasaan anak lelaki tunggal, Rizky Langit Ramadhan juga berhari raya di kampungnya di Sumedang.
Kata penyanyi tersebut, sejak dulu Rizky belum pernah berhari raya dengan bekas suaminya, pemain drum kumpulan Padi, Yoyo.
“Memang belum pernah Rizky berhari raya di kampung Yoyo. Biasanya dia dengan saya. Tapi tahun ini mungkin Rizky akan ikut Yoyo berhari raya di kampungnya di Surabaya pada raya ketiga,” jelas Rossa. -- Gempak
Gempak
Sat Apr 22 2023
Rossa juga memaklumkan, seperti kebiasaan anak lelaki tunggal, Rizky Langit Ramadhan juga berhari raya di kampungnya di Sumedang. - Gempak
PKS diingat untuk mematuhi akta pekerja yang baru dipinda
Dalam pada itu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga diingatkan untuk sama-sama mematuhi akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022.
Menurut menurut perunding keselamatan & kesihatan awam, safety management academy, ts mohd soffian osman, ini kerana akta tersebut digunapakai untuk semua sektor pekerjaan.
Menurut menurut perunding keselamatan & kesihatan awam, safety management academy, ts mohd soffian osman, ini kerana akta tersebut digunapakai untuk semua sektor pekerjaan.
Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles telah berhubung dengan ahli keluarga Allahyarham dan sedang memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.
Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan reman tujuh hari bermula Sabtu berhubung kes pembunuhan kanak-kanak berusia enam tahun itu, pada Disember lalu.
Terima kasih kepada kepimpinan Barisan Nasional - Zambry
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin parti komponen dan 'Friends of BN' kerana setia bersama 'bahtera' BN di sebalik pelbagai dugaan yang melanda.
#AWANInews
#AWANInews
Jubli Emas BN: Konvensyen BN peringkat negeri dimulai di Kelantan, Johor
Sempena sambutan Jubli Emas BN ke-50, Konvensyen BN peringkat negeri dan wilayah akan dilaksanakan jelas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Konvensyen BN Peringkat Negeri akan dimulai dengan Kelantan dan Johor pada 8 Jun 2024.
Manakala, Konvensyen BN Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada Julai.
#AWANInews
Konvensyen BN Peringkat Negeri akan dimulai dengan Kelantan dan Johor pada 8 Jun 2024.
Manakala, Konvensyen BN Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada Julai.
#AWANInews
3 maut, 25 cedera dalam letupan garaj di timur China
Tiga orang terbunuh dan 25 yang lain cedera dalam letupan sebuah garaj di Wilayah Jiangxi timur China.
AWANI Ringkas: Majikan bertanggungjawab ke atas keselamatan pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: TPM adakan pertemuan dengan penasihat negara China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Seminar Penghayatan Riyadus Salihin Imam Al Nawawi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Seminar Penghayatan Riyadus Salihin Imam Al Nawawi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Pengguna percuma ChatGPT kini boleh akses GPT, muat naik fail
Walau bagaimanapun, buat masa ini, pengguna versi percuma tidak boleh menghasilkan GPT mereka tersendiri.