awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu campak bayi dari tingkat 18 didakwa membunuh

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2016
06:39 MYT
Ibu campak bayi dari tingkat 18 didakwa membunuh
Polis memeriksa tempat di mana bayi itu dijumpai di Blok C, Flat Danau Kota, Jalan 3/23, Off Jalan Genting Klang Setapak, Wangsa Maju, 29 Februari lalu. -Gambar fail
Seorang ejen hartanah yang dilapor mencampak bayi perempuannya yang baru dilahirkan dari tingkat 18 sebuah flat bulan lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh.
Tertuduh, Norazwani Mohd Nor, 38, hanya mengangguk sambil menjawab "saya faham" sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Norazwani didakwa membunuh seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dengan membaling mangsa dari tingkat 18 di Blok C, Flat Danau Kota, Jalan 3/23, Off Jalan Genting Klang Setapak, Wangsa Maju, pukul 8.11 pagi, 29 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan penemuan mayat bayi perempuan pramatang yang masih bertali pusat yang dijumpai penduduk pada jam 8.30 pagi selepas dipercayai dicampak beberapa jam selepas dilahirkan.
Topic Berkaitan
#bayi
#bertali pusat
#campak
#Norazwani Mohd Nor
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan