MALAYSIA
Ibu dan anak antara lapan ditahan SPRM disyaki terlibat sindiket "counter setting"

Kesemua suspek disyaki menerima rasuah sebagai balasan untuk mengatur kaunter pemeriksaan. - Foto TikTok rasmi SPRM
KUALA LUMPUR: Seorang ibu dan anak lelakinya antara lapan pegawai agensi penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menerusi Op Rentas kerana disyaki terlibat dalam sindiket mengatur kaunter atau "counter setting".
Ringkasan AI
- SPRM Negeri Sembilan menahan lapan pegawai penguat kuasa termasuk seorang ibu dan anak lelakinya dalam Op Rentas kerana disyaki terlibat sindiket -counter setting- untuk memudahkan kemasukan warga asing tanpa prosedur sah.
- Rampasan melibatkan wang tunai RM92,000, mata wang asing, barang kemas bernilai RM250,000, alat telekomunikasi, dua kereta dan dua motosikal, selain pembekuan akaun Tabung Haji dan ASB bernilai kira-kira RM1 juta.
- Kesemua suspek disyaki menerima rasuah sebagai balasan untuk mengatur kaunter pemeriksaan, dan SPRM menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bersekongkol dengan sindiket.
Menurut SPRM turut dirampas daripada pasangan ibu dan anak itu adalah alat telekomunikasi bernilai kira-kira RM20,000, dua unit kereta bernilai kira-kira RM106,000 serta dua unit motosikal bernilai kira-kira RM20,000.
"Sementara bagi keenam-enam tahanan tersebut, SPRM telah merampas dan menyita wang tunai RM12,000; mata wang asing AS$5,000 dan 2,360 baht selain alat telekomunikasi bernilai kira-kira RM29,000 serta barang kemas bernilai kira-kira RM200,000.
"Pada masa sama, turut dibekukan akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai kira-kira RM1 juta," menurut perkongsian itu.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Saiful Ezral Arifin berkata kesemua suspek disyaki bersekongkol dengan sindiket dengan menerima rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukkan warga negara asing ke negara ini tanpa mengikut prosedur ditetapkan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami