awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan

Bernama
Bernama
11/01/2025
15:58 MYT
Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Mohd Azam berkata ibu mangsa dan teman lelakinya berusia 25 dan 36 tahun itu ditahan pada 5.15 petang hari yang sama bagi membantu siasatan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya ditahan selepas pihaknya menerima maklumat daripada wanita berkenaan mengenai anaknya yang sedang tidur dikatakan tidak lagi bernafas pada 2.36 petang semalam.
Beliau berkata pemeriksaan polis bersama anggota paramedik mendapati mangsa meninggal dunia di rumah terbabit dan terdapat kesan lebam pada bahagian muka, leher, tangan dan kaki.
"Hasil proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah pendarahan di dalam kepala dan siasatan awal mendapati mangsa disyaki dipukul dengan benda keras dan tumpul secara berulang di rumah berkenaan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Mohd Azam berkata ibu mangsa dan teman lelakinya berusia 25 dan 36 tahun itu ditahan pada 5.15 petang hari yang sama bagi membantu siasatan.
Beliau menyatakan saringan ujian air kencing mendapati suspek lelaki yang bekerja sebagai jurujual itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine serta mempunyai tiga rekod jenayah lampau manakala ibu mangsa negatif dadah dan tiada rekod jenayah.
Beliau berkata kedua-dua individu terbabit direman tujuh hari sehingga 17 Jan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#rekod jenayah lampau
#dera
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan