Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan dari Sungai Bakap, Nibong Tebal terpaksa menahan kesakitan selepas ibu jarinya tersepit pada kaki meja di rumahnya pada Khamis.

Dalam kejadian jam 12.41 tengah hari itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang menerima panggilan daripada pihak Hospital Sungai Bakap memaklumkan mengenai insiden tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM berkata, anggota bomba bergegas ke hospital dan
mendapati ibu jari tangan kanan kanak-kanak perempuan itu tersepit pada sebatang kaki meja yang diperbuat daripada besi.

Kerja-kerja mengeluarkan jari mangsa dilakukan dengan cermat menggunakan peralatan khas dan bomba berjaya mengeluarkan ibu jari kanak kanak itu dalam masa 15 minit.

Kanak-kanak terbabit terpaksa menahan kesakitan selepas ibu jarinya tersepit pada kaki meja di rumahnya hari ini. - Foto JBPM

 Bomba berjaya mengeluarkan ibu jari kanak kanak itu dalam masa 15 minit. - Foto JBPM

Kanak-kanak itu yang cedera ringan pada jari kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 1.09 petang.