MALAYSIA
Banjir di Kelantan pulih, mangsa di Sabah meningkat

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara di Dewan Semai Bakti Felda Chiku 2, Gua Musang ditutup hari ini. - Gambar hiasan/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Banjir di KELANTAN pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Semai Bakti Felda Chiku 2, Gua Musang yang menempatkan 218 orang daripada 51 keluarga ditutup hari ini.
Ringkasan AI
- Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Gua Musang ditutup, melibatkan 218 mangsa daripada 51 keluarga.
- Di Sabah, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 2,919 orang daripada 814 keluarga, dengan dua PPS baharu dibuka di Sipitang dan 126 kampung terjejas sejak 9 September.
- JPBN Sabah melaporkan trend peningkatan mangsa di Beaufort, Papar dan Sipitang, manakala Penampang, Membakut dan Putatan menunjukkan penurunan.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir petang ini meningkat kepada 2,919 orang daripada 814 keluarga berbanding 2,897 orang daripada 813 keluarga pagi tadi di 25 PPS dan sebuah Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di Selagon, Beaufort.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan dua lagi PPS dibuka hari ini di daerah Sipitang iaitu Dewan Mini Mesapol dan Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah.
"Tiga daerah menunjukkan trend peningkatan jumlah mangsa iaitu Beaufort, Papar dan Sipitang manakala Penampang, Membakut dan Putatan mencatatkan penurunan," menurut JPBN Sabah.
Jawatankuasa itu memaklumkan sebanyak 126 buah kampung terjejas berikutan banjir yang melanda Sabah sejak 9 Sept.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami