SEMPENA Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Telekom Malaysia Bhd (TM) menampilkan sebuah kisah tokoh negara yang tidak didendang, Tan Sri Hajah Zainon Binti Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain dalam filem bertajuk “IBU, Kisah Seorang Tokoh Kemerdekaan”.
Kisah Ibu Zain diceritakan melalui kaca mata anak perempuannya, Fadzilah Amin atau Tok Lah menggunakan format animasi penceritaan yang terawal di negara ini, iaitu wayang kulit.
Ibu Zain, seorang wira yang berjuang demi tanah air telah memberikan inspirasi untuk bangkit, terus berdiri, dan berjuang demi menuntut kemerdekaan.
Beliau juga merupakan seorang perintis wanita Melayu dalam bidang pendidikan dan politik serta berani bersuara sewaktu rakyat Malaya menuntut kemerdekaan.
Tidak dilupakan jasa beliau yang turut berganding bahu dengan kaum lelaki dalam kempen mereka.
Cita-citanya sewaktu kecil untuk menjadi seorang doktor tidak kesampaian. Akhirnya beliau berkhidmat sebagai seorang guru yang seterusnya menjadi salah seorang pemimpin perjuangan kemerdekaan Malaya dari 1946 hingga 1957.
Melalui Kerjasama Fusion Wayang Kulit, filem pendek ini diceritakan dalam format wayang kulit dalam usaha untuk mengetengahkannya sebagai budaya dan warisan bangsa, untuk membimbing dan membentuk watak supaya ia kekal dengan gaya tradisionalnya.
Bagaimanapun, “IBU, Kisah Seorang Tokoh Kemerdekaan” bukan sekadar penceritaan format wayang kulit yang biasa.
Pengguna boleh mengalaminya dalam format 360 darjah yang interaktif dan unik di YouTube, Facebook dan laman web Mengukir Malaysia.
Ia adalah sebahagian daripada inisiatif #MengukirMalaysia untuk memelihara dan meraikan budaya termasuk warisan Malaysia melalui teknologi inovatif.
Saksikan kisah yang diinspirasikan dari hidup Ibu Zain menerusi wayang kulit interaktif 360 darjah di https://www.tm.com.my/MengukirMalaysia.
Sementara itu, wayang kulit interaktif 360 darjah berkenaan juga sejajar dengan impian dan transformasi TM daripada syarikat telekomunikasi kepada syarikat teknologi berteraskan insan, serta menerajui setiap evolusi teknologi untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan berterusan.
Peranan kempen itu juga untuk menghubungkan kemajuan dengan budaya, selain meraikan warisan melalui inovasi teknologi yang boleh menjadi sebahagian daripada hidup rakyat Malaysia.
TM bukan sekadar platform telekomunikasi tetapi sebagai platform yang membawa pengalaman canggih dan unik, di samping meraikan pelbagai budaya serta warisan dalam musim perayaan ketika masyarakat lebih tertarik akan aspek-aspek budaya.
TM juga ingin dikenali sebagai pemboleh dan pemangkin teknologi, yang menyerlahkan evolusi budaya dan perayaan melalui teknologi.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Ehsan A Marisah
Fri Sep 09 2022

Filem ini diceritakan melalui kaca mata anak perempuannya, Fadzilah Amin atau Tok Lah menggunakan format animasi penceritaan yang terawal di negara ini, iaitu wayang kulit. - Foto TM

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

Syarikat korporat, individu disaran selaraskan bantuan Ramadan, Aidilfitri
Perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat.

7 tip khatam al-Quran di bulan Ramadan
Rebutlah ganjaran yang Allah tawarkan di sepanjang bulan penuh kemuliaan, Ramadan.

Paip pecah siap dibaiki, bekalan air pulih sepenuhnya 6 pagi Ahad
Air Selangor memaklumkan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2 telah siap dilaksanakan pada jam 6 pagi, pada Sabtu.

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Myanmar umum pengampunan bagi 5,774 banduan sempena Hari Kebangsaan
Bekas menteri, artis dan empat warga asing turut diberikan pengampunan pada Hari Kebangsaan.

Hari Malaysia: Panorama Melaka sedia bas percuma kepada pengunjung
Penyedia perkhidmatan bas henti-henti Panorama Melaka menyediakan bas percuma kepada pengunjung untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia.

JASA: Sebuah apresiasi buat pahlawan tanah air
U Mobile terus menyemarakkan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dengan menampilkan filem pendek bertajuk JASA.

IBU, Kisah Seorang Tokoh Kemerdekaan: Adiwira tidak didendang diadaptasi dalam seni wayang kulit
Ia diceritakan melalui kaca mata anak perempuannya, Fadzilah Amin atau Tok Lah menggunakan format animasi penceritaan yang terawal di negara ini, iaitu wayang kulit.

Gagal kibar Jalur Gemilang, 52 premis dikompaun
Sebanyak 52 premis perniagaan di negeri ini yang gagal mematuhi arahan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM26,000.

Bahagia Kita: Kisah pengembaraan Haikal mencari erti sebenar kemerdekaan
Celcom menampilkan sebuah filem pendek yang sarat dengan mesej meraikan keharmonian dan kebahagiaan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini

Angkat golongan belia sebagai pembentuk budaya, ekonomi negara
Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022, Maxis menghasilkan filem pendek terbaharunya bertajuk "Apalah Generasi ini?".

Nanta Linggi ingat pesan 'Akik', kongsi kata-kata hikmah Temenggong Jugah
Meninggal dunia pada usia 81 tahun pada 8 Julai 1981, legasi kepimpinan beliau kini disambung cucunya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang kini merupakan menteri dalam barisan Kabinet kerajaan.

Kerosakan landskap, rakyat perlu ada sikap tanggungjawab - Annuar Musa
Rakyat di negara ini perlu memupuk sikap tanggungjawab dalam soal memelihara harta benda awam termasuk landskap dan fasiliti awam.

Agong zahir penghargaan kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022
Yang di-Pertuan Agong zahirkan ucapan tahniah dan setinggi penghargaan kepada kerajaan, peserta dan penganjur atas kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022.