awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu maut kereta dipandu anak kemalangan dengan lori, treler

Sinar Harian
Sinar Harian
06/08/2024
22:40 MYT
Ibu maut kereta dipandu anak kemalangan dengan lori, treler
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta, lori dan treler, di KM5 Jalan Jerantut-Temerloh dekat Kampung Megat Segama, Temerloh, semalam. - Foto Sinar Harian
TEMERLOH: Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandu anak lelaki terlibat nahas dengan lori dan treler di Kilometer 5 Jalan Jerantut-Temerloh dekat Kampung Megat Segama, Temerloh semalam.
Dalam nahas yang dilaporkan kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa berusia 64 tahun beralamat dari Kampung Raja Songsang di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, anak lelaki mangsa berusia 30 tahun cedera di dada dan patah paha manakala pemandu lori berusia 41 tahun serta pemandu treler berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta jenis Proton Iswara dinaiki dua beranak itu dalam perjalanan pulang dari arah Temerloh menghala ke Kampung Raja Songsang.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta dipercayai memperlahankan kenderaan untuk masuk ke simpang di sebelah kanan.
"Pada masa sama sebuah lori jenis Nissan dari arah yang sama dipercayai gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta dinaiki mangsa hingga termasuk ke laluan bertentangan dan dilanggar treler jenis Volvo membawa muatan tong gas," katanya.
Mazlan berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan cedera parah dan disahkan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandu kereta yang parah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH) Temerloh untuk rawatan lanjut.
"Kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dikerah ke lokasi kejadian berjarak kira-kira 15 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.
Menurutnya, anggota bomba yang tiba di lokasi segera mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.
"Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#kemalangan maut
#lori langgar kereta
#temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan