PUTRAJAYA: Golongan ibu mengandung setakat ini tidak digalakkan menerima vaksin COVID-19 kerana data yang diperolehi berhubung faktor keberkesanan dan keselamatan daripada pengeluar belum diperoleh.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pihaknya sedia maklum Pfizer telah memulakan ujian klinikal untuk kategori masyarakat berkenaan.
Jelas beliau lagi, Kementerian akan terus mengguna pakai garis panduan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 yang beliau dan Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin pengerusikan bersama, selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Kita masih menetapkan lagi ibu mengandung tak diberi vaksinasi, masih terus terpakai kerana kajian Pfizer (baru lagi dilaksanakan) dan kita belum lagi dapat maklumat daripada mereka,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada sidang media bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin selepas menghadiri program Simulasi Pemberian Vaksin COVID-19, di Putrajaya hari ini.
Pada 19 Februari lepas, media antarabangsa memetik pengumuman Pfizer bahawa mereka akan melaksanakan ujian klinikal vaksin kepada 4,000 ibu mengandung berusia antara 18 hingga 40 tahun, dan mempunyai usia kandungan antara 24 hingga 34 minggu.
Menurut kenyataan itu, sebahagian sukarelawan terbabit akan menerima dua dos vaksin Pfizer, dan sebahagian lagi akan menerima ‘dummy shots’.
Mengulas mengenai skim pampasan bagi mereka yang mengalami alahan, Dr Adham, berkata, skim yang disebut sebagai Skim Mudarat Vaksinasi sedang dalam penelitian di peringkat jemaah menteri.
“Kita akan umumkan apabila sudah ada keputusan akhir mengenai jenis pampasan ini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Feb 23 2021

Golongan ibu mengandung setakat ini tidak digalakkan menerima vaksin COVID-19, kerana data yang diperolehi berhubung faktor keberkesanan dan keselamatan daripada pengeluar belum diperoleh. -Gambar fail

Jurgen Klopp nafi tuduhan Harisson Reed: Liverpool mahukan kemenangan
Jurgen Klopp menafikan tuduhan Harisson Reed bahawa keinginan menjadi pemisah di antara Liverpool dan Fulham ketika The Cottagers menang 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield.

Hari Komanwel | Komitmen Malaysia kepada negara Komanwel lain
Malaysia komited untuk berganding bahu dengan negara-negara Komanwel lain dengan memperkukuhkan kerjasama dalam beberapa bidang keutamaan. Wisma Putra dalam perutusan sempena hari komanwel 2021, 8 Mac, menyatakan, bidang keutamaan itu terdiri daripada langkah mempromosi tadbir urus baik, menangani kesan sosial dan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Bidang utama lain termasuk pembangunan lestari, isu-isu alam sekitar, belia, pendidikan serta pemerkasaan wanita.

Hari Wanita 2021 | Ucaptama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Ikuti ucaptama oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena dengan pelancaran Hari Wanita 2021.

Hari Wanita 2021 | Ucaptama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Ikuti ucaptama oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun bersempena dengan pelancaran Hari Wanita 2021.

Pemerkasaan wanita perlu diperkemas - PM Muhyiddin
Tugas untuk memperkasa wanita perlu diperkemas memandangkan golongan berkenaan masih terbelenggu dengan beberapa isu meskipun pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh wanita.

Pemerluasan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR)
Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Sumber Manusia akan melihat kesesuaian pemerluasan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh.

Insentif suntikan modal perniagaan MyKasih Kapital
Insentif suntikan modal perniagaan MyKasih Kapital dalam bidang e-dagang atau dropship dengan modal maksimum sebanyak RM1000 kepada sekurang-kurangnya 2000 orang penerima yang berkelayakan.

Mesra pengguna, pensyarah muda cipta telekung khas untuk golongan OKU
Rekaan telekung yang terdapat di pasaran kebanyakannya tidak memenuhi keperluan pengguna kerusi roda dan tidak memenuhi sifat-sifat yang diperlukan dari segi praktikal, versatile dan keselesaan.

#ChooseToChallenge: Wanita kental redah samudera gagah
Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak menjadi wanita pertama diangkat menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah.

AWANI Ringkas: COVID-19 | Kes jangkitan dan kematian global meningkat

Ibu mengandung masih belum boleh terima vaksin COVID-19 - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata pihaknya sedia maklum Pfizer telah memulakan ujian klinikal untuk kategori masyarakat berkenaan.

Membaca buku semasa hamil bagus untuk otak bayi, lahirkan anak bijak
Topik perbahasan terbesar ialah apakah tabiat membaca buku kepada bayi ketika mereka masih di dalam rahim benar-benar memberikan manfaat.

Ibu mengandung 34 minggu, warga emas nekad redah banjir
Ibu hamil, warga emas tiada pilihan terpaksa redah banjir untuk selamatkan diri.

'Twindemic' bebankan sistem kesihatan, petugas barisan hadapan
Sistem kesihatan juga akan terbeban akibat peningkatan pesakit di klinik dan hospital bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan.

1,800 perantau pulang beraya di Kelantan negatif COVID-19
Jabatan Kesihatan Kelantan turut menjalankan ujian ke atas tahanan di penjara dan di depoh tahanan imigresen.

Jangkitan semasa hamil antara punca autisme
Autisme adalah gangguan kompleks tumbesaran sistem saraf yang menjejaskan mental, emosi, kemampuan pembelajaran dan ingatan dalam diri seseorang inidividu.

Tak payah kejar untuk ibu mengidam, van Milo dah depan mata
Impian ibu mengandung Natasya Rose Nizam, 23, tercapai susulan kehadiran sebuah van Milo di hadapan rumahnya di Bukit Istana, Kuantan.