SEGAMAT: Seorang ibu masih trauma kerana menyaksikan sendiri anak bongsunya berkali-kali jatuh disebabkan arus deras banjir ketika cubaan menyelamatkan diri di Kampung Baru Chaah, Rabu lepas.
M. Kalaivani, 46, berkata ketika kejadian pada 5.30 pagi itu, dia sudah bangun tidur dan menyedari paras air di dalam rumah sudah sampai paras lutut.
"Anak sulung saya kemudiannya beritahu yang kawannya menelefon dan cakap air dah naik di Pekan Chaah.
"Apabila kami buka pintu, rupanya sudah paras pinggang dan kami buat keputusan untuk redah ke sekolah berhampiran sebab ada tingkat lebih tinggi," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
Meskipun sekolah tersebut tidak jauh dari rumah, namun mereka mengalami kesukaran sebab arus yang deras sehinggakan anak bongsu lelakinya yang berusia lapan tahun berkali-kali jatuh, serta terpaksa memanjat pagar sekolah kerana pintu lain yang dibuka, terlalu jauh, kata Kalaivani.
"Masa tu bantuan tiada sebab kami dengar pekan ni dah macam pulau, tiada bantuan boleh masuk. Kami duduk di tingkat tiga sekolah dan berlapar sehingga jam 8 malam itu, sehinggalah diberikan roti dan air mineral," katanya.
Ibu kepada empat orang anak itu, yang telah tinggal di rumah tersebut sejak lahir, tidak pernah mengalami kejadian banjir yang sangat buruk sebelum ini.
"Sedih jugaklah banyak barang kami tidak dapat diselamatkan termasuk dua buah motosikal dan set perabot baharu yang dibeli sempena sambutan Deepavali yang lepas," kata Kalaivani.
Sementara itu, suaminya K. Balakrishnan, 44, sebelum itu mengangkat dua anaknya yang masih kecil secara bergilir-gilir keluar dari rumah kerana arus yang deras.
"Saya juga ada nampak ramai orang yang duduk di atas bumbung sambil menantikan bantuan," katanya.
Pada kejadian Rabu lepas, Pekan Chaah dan kawasan sekitar 'terputus hubungan' dan menjadi seakan pulau sehingga menyukarkan pihak berkuasa untuk menyelamatkan mangsa banjir.
Ia turut mengorbankan dua warga emas di Jalan Kongsai, Chaah, yang ditemukan pihak berkuasa selepas air surut, tiga hari lepas.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Pekan Chaah dan kawasan sekitar menyaksikan banyak kenderaan masih tersadai akibat banjir.
Selain itu, pagar di Balai Polis Chaah kelihatan rosak teruk serta dipenuhi sampah sarap yang tersangkut ketika dibawa arus banjir.
Turut terkesan ialah Klinik Kesihatan Chaah dengan ramai petugas kesihatan dan sukarelawan gigih membersihkan kerusi pesakit serta lain-lain peralatan yang bersalut lumpur.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya Ngwe Hee Sem dari Melaka, turut dilihat turun padang bersama-sama kakitangannya, membantu warga Chaah terutamanya warga emas membersih rumah selain membantu petugas klinik berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Sebuah kenderaan terkandas dan ditenggelami air selepas banjir melanda beberapa buah kampung di Jalan Kuala Paya-Balai Badang ketika tinjauan di Segamat, 4 Mac lalu. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ibu trauma saksikan anak nyaris dibawa arus banjir di Chaah
Ketika kejadian pada 5.30 pagi itu, Kalaivani sudah bangun tidur dan menyedari air di dalam rumah sudah sampai paras lutut.